Hari Diabetes Sedunia Peringkat UKM 2019

Pusat Kesihatan Universiti UKM Bangi dengan kerjasama Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM dan Pusat Darah Negara telah berjaya menganjurkan Hari Diabetes Sedunia Peringkat UKM 2019 bertemakan “Cakna Diabetes: Kesihatan Terjamin” pada 4 November 2019 lepas di Persada Fakulti Sains Dan Teknologi (FST) UKM. Ia telah dirasmikan oleh Naib Canselor UKM Yang Berbahagia Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor dan diiringi oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UKM Yang Berbahagia Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim. Pelbagai program telah dianjurkan sempena Hari Diabetes Sedunia Peringkat UKM ini diantaranya Jalan Kaki 10 Ribu Langkah, Pemeriksaan Kesihatan, Demonstrasi Masakan Sihat serta Ceramah Kesihatan.