Bantuan Liputan Perubatan Di Kejohanan MASUM Fasa 1 Di UiTM Arau, Perlis

 

 

Pusat Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi telah menghantar dua orang paramedik bagi bantuan liputan perubatan di Kejohanan MASUM Fasa 1 di UiTM Arau Perlis. Kejohanan tersebut yang berlangsung daripada 30 Januari sehingga 6 Februari 2020 ini mempertandingkan sukan seperti Ragbi, Karate, Sofbol, Badminton, Catur, Ping Pong, Sepak Takraw, Tenis, Silat, Woodball dan Bola Keranjang.