Operasi Klinik Lawatan Pakar Di Pusat Kesihatan Universiti UKM

Pusat Kesihatan Universiti UKM telah mengambil satu inisiatif untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kesihatan kepada semua warga Universiti Kebangsaan Malaysia. Justeru itu, satu Klinik Lawatan Pakar yang terdiri daripada Pakar Psikiatrik, Pakar Nutrisi Klinikal, serta Pakar Obstetrik Dan Ginekologi HCTM akan mula beroperasi di Pusat Kesihatan Universiti. Klinik Pakar Obstetrik Dan Ginekologi akan bermula pada Oktober 2019 manakala Klinik Pakar Psikiatrik dan Klinik Pakar Nutrisi Klinikal pula dijangka akan bermula pada November 2019. Klinik ini hanya tertakluk kepada semua kes yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan Universiti sahaja.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai Klinik Lawatan Pakar dan temujanji, sila hubungi :

1. Dr. Mohd. Ehsan Iskandar Bin Harun (017-3773275 / Ext : 5091) – Pegawai Perubatan
2. JT Puan Edila Binti Hassan (012-3937822 / Ext : 4629) – Ketua Jururawat Perubatan