Sumbangan Topeng Muka Dan Mulut Oleh Perwakilan Mahasiswa Cina (CCC UKM)

24 September 2019 (Selasa)

Pusat Kesihatan Universiti UKM Bangi telah menerima kunjungan daripada Perwakilan Mahasiswa Cina (CCC UKM). Kunjungan ini bertujuan untuk menyerahkan sumbangan topeng muka dan mulut (Face Masks) untuk kegunaan warga kampus sepanjang musim jerebu kini. Wakil Pusat Kesihatan Universiti UKM Bangi berkata, sebanyak 2600 keping topeng muka dan mulut diterima untuk diedarkan semula kepada warga kampus bermula hari ini.

Terima Kasih diucapkan kepada Perwakilan Mahasiswa Cina (CCC UKM) dengan sumbangan ini.