Anugerah Emas 2020

Sukacita dimaklumkan bahawa proses pencalonan Anugerah Emas 2020 mula dibuka pada 4 Mei 2020 sehingga 4 Ogos 2020. Fakulti/Institut dengan ini dijemput untuk menghebahkan pembukaan pencalonan bagi anugerah yang tersebut di atas kepada semua kakitangan akademik dan seterusnya kepada para pelajar pascasiswazah yang akan bergraduat pada tahun ini. Borang permohonan, poster serta terma dan syarat adalah seperti di lampiran.   Pelajar pascasiswazah berminat boleh kemukakan borang permohonan ke sekretariat siswazah fakulti/institut masing-masing.

Sesi pemilihan akan dijalankan oleh sekretariat siswazah di Fakulti/Institut dan Fakulti/Institut perlu mencalonkan hanya seorang penama sahaja untuk setiap kategori mengikut bidang yang berkaitan ke Pusat Siswazah.

Kategori Anugerah Emas:

KetegoriBidang Sains, Teknologi dan KesihatanBidang Sains SosialJumlah Pemenang
Anugerah Emas KedoktoranSeorang pemenangSeorang pemenangDua (2) orang
Anugerah Emas SarjanaSeorang pemenangSeorang pemenangDua (2) orang
1) Ringkasan Eksekutif dan Kriteria Anugerah Emas
2) Borang Pencalonan

*Tertakluk pada terma dan syarat

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Urus Setia Anugerah Emas Kedoktoran dan Anugerah Emas Sarjana

Pejabat Pengarah Pusat Siswazah

Aras 3, Bangunan Tun Fatimah Hashim

Universiti Kebangsaan Malaysia

u/p : Nurul Huda Abd Karim (nurulhuda@ukm.edu.my)

Ketua, Anugerah dan Biasiswa