Akademik dan Penyeliaan
-
Adakah dibenarkan sekiranya calon untuk program PhD melantik pensyarah diluar UKM sebagai Penyelia?
Pensyarah daripada luar UKM boleh dilantik sebagai Penyelia Bersama dengan persetujuan Penyelia Utama dan Dekan.
-
Jika saya seorang graduan dalam bidang Biologi, bolehkah saya melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan?
Boleh, dengan mengikuti program pengajian secara penyelidikan dan tertakluk kepada persetujuan Penyelia.
-
Bolehkah seseorang calon yang telah menyiapkan tesisnya lebih awal daripada tempoh minimum pengajian menyerahkan tesisnya untuk pemeriksaan?
Boleh, dengan syarat:
- mendapat perakuan daripada Fakulti/Pusat Pengurusan Siswazah; dan
- telah menerbitkan sekurang-kurangnya dua (2) makalah dalam jurnal berimpak tinggi yang berkaitan dengan penyelidikannya atau jurnal-jurnal lain atau penerbitan makalah yang diiktiraf oleh Senat;
Di samping itu, mungkin ada syarat – syarat lain yang perlu dipenuhi oleh calon.