Pengambilan dan Kemasukan
-
Apakah program pengajian pascasiswazah yang ditawarkan di UKM?
UKM menawarkan pelbagai program pengajian di peringkat pascasiswazah. Maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan, sila klik di SINI
-
Bilakah pengambilan untuk program pengajian pascasiswazah ditawarkan?
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempelawa permohon untuk mengikuti program pengajian yang ditawarkan. Pengambilan dibuat dua kali setahun iaitu pada Oktober (kemasukan Mac tahun berikutnya) dan April (kemasukan Oktober). Permohonan dibuka sepanjang masa.
-
Berapa semester pengajian dalam setahun?
Terdapat dua (2) semester pengajian dalam setahun.
-
Berapakah kadar yuran pengajian untuk setiap semester?
Kadar yuran untuk pelajar tempatan dan antarabangsa adalah seperti di pautan berikut: http://www.ukm.my/portal/pascasiswazah/
Sila lihat kadar yuran mengikut program dan kursus pilihan anda.
-
Berapakah bilangan semester minimum dan maksimum untuk pengajian peringkat PhD dan Sarjana?
Bilangan semester minimum pengajian untuk peringkat PhD adalah enam (6) semester untuk sepenuh masa dan lapan (8) semester untuk separuh masa. Bilangan semester maksimum untuk peringkat PhD adalah dua belas (12) dan untuk sepenuh masa dan empat belas (14) untuk separuh masa.
Untuk pengajian peringkat Sarjana, bilangan semester minimum adalah dua (2) semester untuk sepenuh masa dan empat (4) semester untuk separuh masa. Bilangan semester maksimum untuk pengajian peringkat Sarjana adalah empat (4) manakala untuk separuh masa adalah lapan (8).
-
Bolehkah seseorang calon menukar bentuk pengajiannya daripada sepenuh masa ke separuh masa atau sebaliknya?
Boleh, tertakluk kepada peraturan siswazah serta persetujuan pihak Fakulti/Institut.
-
Adakah sebarang keperluan kursus Bahasa Inggeris seperti IELTS dan TOEFL sebelum memasuki ke program Sarjana atau PhD di UKM?
Keperluan kursus Bahasa Inggeris IELTS atau TOEFL adalah untuk pelajar – pelajar antarabangsa yang tertakluk kepada peraturan siswazah dan pihak Fakulti/Institut.
-
Apakah pusat yang bertanggungjawab menguruskan operasi akademik pengajian siswazah di UKM?
Terdapat dua pusat tanggungjawab yang menguruskan operasi siswazah.
Untuk urusan kemasukan pelajar, pendaftran dan penjadualan, peperiksaan dan pengijazahan, rekod pelajar dan urusan senat, ia diuruskan oleh Pusat Pengurusan Akademik. Sila layari www.ukm.my/akademik untuk maklumat lanjut atau hubungi +603-89118455
Bagi pertanyaan mengenai status permohonan dan surat tawaran, ia diuruskan di fakulti dan institut masing-masing. Sila layari laman sesawang http://www.ukm.my/portal/fakulti atau http://www.ukm.my/portal/institut.