Mengenai Pusat Siswazah
Melalui Mesyuarat Jawatan Kuasa Pengurusan Universiti (MJPU) Bil.3/2020 bertarikh 4 Februari 2020 telah bersetuju untuk membuat penstrukturan semula Pusat Siswazah bermula Mac 2020 dengan beberapa peranan baharu berdasarkan kelulusan MJPU :-
Peranan Pusat Siswazah
- Bertindak sebagai pusat yang memangkin program pengajian pascasiswazah bersifat multidisiplin yang memenuhi kehendak pasaran dan memberi impak signifikan kepada industri dan masyarakat.
- Bertindak sebagai pusat strategi bagi menilai keberkesanan dan pencapaian pengajian siswazah seterusnya mengambil tindakan yang relevan untuk memperkasakan pengajian siswazah di UKM.
- Bertindak sebagai pusat latihan yang menawarkan bimbingan, latihan dan rundingan akademik untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran siswazah bagi menjamin kecemerlangan pengajian di UKM.
- Bertindak sebagai pusat rujukan untuk meningkatkan kompetensi dan memperlengkapkan pelajar pascasiswazah dengan pendedahan kerjaya dan keusahawanan melalui penawaran program lawatan penyelidikan industri, latihan dan rundingan kerjaya.
- Bertindak sebagai badan eksekutif tadbir urus Universiti dalam memastikan kualiti pendidikan Sarjana dan Kedoktoran terjamin melalui pembangunan garis panduan dan peraturan yang berkaitan dengan pengajian siswazah.
- Bertindak sebagai pusat yang menyediakan latihan untuk memantapkan proses penyeliaan kepada ahli akademik dan kakitangan sekretariat siswazah fakulti dan institut di UKM.
- Bertindak sebagai pusat yang mengenal pasti sumber kewangan dari dalam dan luar UKM yang boleh digunakan untuk menaja pengajian pelajar pascasiswazah serta mentadbir urus biasiswa di peringkat universiti.
- Bertindak sebagai sekretariat anugerah akademik untuk pelajar pascasiswazah UKM.
- Bertindak sebagai wakil universiti kepada agensi kerajaan, industri dan masyarakat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam urusan hal-ehwal jaringan siswazah.
- Bertindak sebagai penganjur Hari Informasi Pascasiswazah kepada pelajar siswazah yang berdaftar pada setiap semester.
Peranan ini dilaksanakan dan disokong oleh unit-unit berikut: