Bengkel Pusat Siswazah UKM Siri 11/2018: Strategi Penukaran Manuskrip Tesis Kepada Buku Ilmiah

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Bengkel Pusat Siswazah UKM Siri 11/2018: Strategi Penukaran Manuskrip Tesis Kepada Buku Ilmiah.

Pendaftaran atas talian boleh dibuat di

SINI

Bengkel ini terhad kepada 50 orang peserta terawal sahaja.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 3 April 2018 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
(Pendaftaran: 8.30 pagi – 9.00 pagi)
Tempat : Bilik Latihan, Pusat Siswazah UKM, UKM Bangi
Yuran : RM 70.00 Warga UKM
RM 120.00 Luar UKM
Pengajar : Dr. Halim Hj. Razali

Sila hubungi Encik Mohd Hafiz di talian 03-8921 5162 atau email mohdhafiz[at]ukm.edu.my untuk maklumat lanjut.

Sila layari laman facebook Pusat Siswazah untuk mengetahui aktiviti terbaru. https://www.facebook.com/pusatsiswazahukm

SINOPSIS
Peralihan penulisan manuskrip daripada tesis kepada buku ilmiah merupakan satu cabaran bagi setiap ahli akademik mahupun pelajar. Tesis merupakan sebuah manuskrip ilmiah yang penuh dengan perihal ilmu pengetahuan merangkumi semua bidang yang begitu kompleks. Manakala gaya penulisan tesis juga berbeza dengan gaya penulisan buku ilmiah. Perbezaan ini dapat dilihat dari segi kaedah penyampaian laras Bahasa dalam menghurai sesuatu fakta atau dapatan sesuatu kajian. Penggunaan Bahasa yang lebih ringan dan mudah difahami merupakan kunci utama dalam penulisan buku. Melalui bengkel ini, para peserta akan didedahkan dengan strategi untuk mengubah manuskrip tesis kepada buku ilmiah dengan cara lebih cepat dan mudah. Kaedah untuk mendapatkan kefahaman penulisan dari tesis kepada buku juga akan dihuraikan secara sainstifik. Kefahaman melalui strategi penulisan manuskrip lebih menjurus kepada format, menentuan bab, rajah, jadual dan menentukan tajuk buku akan diberi penekanan. Semoga dengan kehadiran para ahli akademik dan pelajar dalam bengkel ini dapat meningkatkan peratusan penerbitan buku ilmiah berasaskan tesis pada tahun 2018 selaras dengan status UKM sebagai universiti penyelidikan.

BIODATA PENCERAMAH
Menamatkan pengajian diperingkat Doktor Falsafah (Tenaga Keterbaharuan) dengan keputusan GOT (Graduate on Time) dalam masa tiga tahun dengan tajuk penyelidikan “Prestasi sistem janaan hidrogen pada motosikal melalui tindakbalas kimia antara aluminium dan asid hidroklorik sebagai bahan api alternatif” iaitu pada tahun 2013. Mendaftar diri sebagai Pensyarah Universiti D51 pada 7 April 2014 di Universiti Kebangsaan Malaysia di Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI), UKM. Dalam tempoh masa dua tahun berkhidmat sebagai Felo Penyelidik beberapa kejayaan dan anugerah telah dicapai dengan cemerlang. Di antara pencapaian-pencapaian tersebut ialah menerima Anugerah Buku Negara pada tahun 2013, kategori buku umum terbaik dalam bidang industri kategori Petroleum & Gas yang bertajuk “Hidrogen Bahan Api Alternatif Enjin Pembakaran Dalam” anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara. Memenangi Anugerah Emas dalam PECIPTA 2013 melalui produk inovasi yang bertajuk “Motosikal Berkuasa Hidrogen” yang telah didaftarkan sebagai harta intelek UKM yang bernombor rujukan UKM3.2.29/108/2/716. Manakala buku berikutnya bertajuk “Hidrogen: Kesan Prestasi Enjin, Pencemaran dan Kos Kitaran Hayat” telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah buku ilmiah terbaik kategori Sains, Teknologi dan Perubatan oleh Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM), peringkat kebangsaan dan IPTA pada 22 April 2016 yang lalu. Kejayaan bagi kedua-dua buah buku sains dan teknologi ini merupakan satu KEJAYAAN SULUNG yang diterima oleh Penerbit UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia. Terutamanya dalam menerbitkan buku-buku ilmiah di dalam bidang sains, teknologi dan perubatan setelah 46 tahun UKM ditubuhkan. Sehingga kini telah berjaya menghasilkan 5 buah buku dalam masa dua tahun. Diantara buku-buku tersebut adalah di dalam kategori penulisan buku ilmiah dan umum yang menjurus kepada bidang akademik yang menjadi panduan kepada masyarakat untuk menguasi bidang sains dan teknologi semasa khasnya. Manakala tiga buah buku lagi sedang dalam proses penerbitan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Diantara buku-buku tersebut ialah “Strategi Memiliki PhD dalam Bidang Kejuruteraan Aplikasi Teori Halim Razali”, buku berikutnya “Kereta Elektrik: Teknologi Automotif Masa Hadapan” dan buku yang kelima “Laluan Akademik Ke IPTA: berasaskan Minat, Kemahiran dan Cita-cita”. Sering dijemput sebagai penceramah, Pakar Motivasi dan fasilitator dalam program-program khas samaada diperingkat sekolah menengah dan sekolah rendah. Manakala di peringkat Universiti lebih menjurus kepada strategi penulisan buku ilmiah yang dianjurkan oleh fakulti-fakulti dan pusat pengurusan siswazah universiti. Selain menulis jurnal, prosiding untuk terbitan antarabangsa, penulis juga aktif dalam menyumbang artikel-artikel ilmiah untuk majalah popular seperti majalah Kosmik: Sains dan Teknologi terbitan DBP, Majalah Sains dan Majalah Impak yang di terbitkan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi UKM dan universiti-universiti tempatan yang lain.