Bengkel Pusat Siswazah UKM Siri 26/2018: Strategi Penukaran Manuskrip Tesis Kepada Buku Ilmiah

Bengkel Pusat Siswazah UKM Siri 26/2018: Strategi Penukaran Manuskrip Tesis Kepada Buku Ilmiah

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Bengkel Pusat Siswazah UKM Siri 26/2018: Strategi Penukaran Manuskrip Tesis Kepada Buku Ilmiah yang akan disampaikan oleh Dr. Halim Hj. Razali daripada Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI).

Untuk maklumat biodata penceramah, sinopsis dan pendaftran, sila klik https://goo.gl/bTSCzC

Bengkel ini terhad kepada 50 orang peserta terawal sahaja.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 7 Ogos 2018 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
(Pendaftaran: 8.30 pagi – 9.00 pagi)
Tempat : Bilik Latihan, Pusat Siswazah UKM, UKM Bangi
Yuran : RM 70.00 Warga UKM
RM 120.00 Luar UKM
Pengajar : Dr. Halim Hj. Razali

Jom sertai kami. Jangan lepaskan peluang keemasan ini (Pusat Siswazah juga sangat mengalu-alukan penyertaan dari pensyarah muda)

Sila hubungi Encik Mohd Hafiz di talian 03-8921 5162 atau email mohdhafiz[at]ukm.edu.my untuk maklumat lanjut.

Lokasi Pusat Siswazah UKM:
? Waze: https://waze.com/ul/hw282sjnnq
? Google Maps: https://goo.gl/maps/bSJHEcmEcy52

Sila layari laman facebook Pusat Siswazah untuk mengetahui aktiviti terbaru. https://www.facebook.com/pusatsiswazahukm ?

*“Pusat Siswazah menyokong agenda mengekalkan status Universiti Penyelidikan UKM”*

SINOPSIS
Peralihan penulisan manuskrip daripada tesis kepada buku ilmiah merupakan satu cabaran bagi setiap ahli akademik mahupun pelajar. Tesis merupakan sebuah manuskrip ilmiah yang penuh dengan perihal ilmu pengetahuan merangkumi semua bidang yang begitu kompleks. Manakala gaya penulisan tesis juga berbeza dengan gaya penulisan buku ilmiah. Perbezaan ini dapat dilihat dari segi kaedah penyampaian laras Bahasa dalam menghurai sesuatu fakta atau dapatan sesuatu kajian. Penggunaan Bahasa yang lebih ringan dan mudah difahami merupakan kunci utama dalam penulisan buku. Melalui bengkel ini, para peserta akan didedahkan dengan strategi untuk mengubah manuskrip tesis kepada buku ilmiah dengan cara lebih cepat dan mudah. Kaedah untuk mendapatkan kefahaman penulisan dari tesis kepada buku juga akan dihuraikan secara sainstifik. Kefahaman melalui strategi penulisan manuskrip lebih menjurus kepada format, menentuan bab, rajah, jadual dan menentukan tajuk buku akan diberi penekanan.