Bengkel Pusat Siswazah UKM Siri 38/2017: Pengurusan Tesis Berkesan Menggunakan MS Word: Templat Gaya UKM

 

Para Pelajar Pascasiswazah Yang Dihormati,

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Bengkel Pusat Siswazah UKM Siri 38/2017: Pengurusan Tesis Berkesan Menggunakan MS Word: Templat Gaya UKM.

Pendaftaran atas talian boleh dibuat di

SINI

Bengkel ini terhad kepada 30 orang peserta terawal sahaja.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 28 November 2017 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
(Pendaftaran: 8.30 pagi – 9.00 pagi)
Tempat : Bilik Latihan, Pusat Siswazah UKM, UKM Bangi
Yuran : RM 50.00 (Warga UKM sahaja)
Pengajar : Cik Kamarul ‘Asyikin Mustafa

Sila hubungi Encik Mohd Hafiz di talian 03-8921 5162 atau email mohdhafiz[at]ukm.edu.my untuk maklumat lanjut.

Sila layari laman facebook Pusat Siswazah untuk mengetahui aktiviti terbaru. https://www.facebook.com/pusatsiswazahukm

 

Pengurusan Tesis Berkesan Menggunakan MS Word: Templat Gaya UKM

Mempelajari cara menggunakan MS Word Templat Gaya UKM: memasukkan imej dan carta, menyusun nombor halaman dengan format yang betul, menjana daftar kandungan, senarai rajah, senarai singkatan dan lain-lain. Format asas yang perlu anda patuhi berdasarkan format tesis Gaya UKM akan dipelajari di dalam bengkel ini.

Hasil bengkel:

  • Dapat menguruskan penulisan anda dengan betul untuk tesis yang sempurna.
  • Menggunakan embedded tools di dalam MS Word untuk menguruskan isi kandungan, rajah, jadual, dan singkatan secara sistematik.

Siapa yang patut hadir?

  • Pelajar yang mahu menulis tesis mereka dengan cara yang berkesan menggunakan MS Word

Pra-syarat:

  • Pengetahuan asas MS Word: penetapan perenggan, baris, memasukkan jadual / rajah, penetapan susun atur halaman

Apa yang akan anda pelajari?

  • Memasukkan template Gaya UKM ke dokumen kosong atau tesis sedia ada.
  • Menggunakan templat Gaya UKM yang tersedia
  • Menggunakan alatan yang terkandung di dalam MS Word untuk membina pisah bahagian, keterangan, rujuk silang dan nombor halaman
  • Menjana daftar kandungan secara automatik
  • Menjana senarai lampiran / rajah / jadual / singkatan secara automatik