Graduate Excellence Programme (GREP) Scholarship

SYARAT DAN KELAYAKAN AKADEMIK

Syarat Umum

  • Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berketurunan Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  • Had umur pemohon pada 31 Disember 2020 tidak melebihi 40 tahun bagi Sarjana dan 45 tahun bagi doktor falsafah.
  • Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang seperti yang dinyatakan.
  • Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah.
  • Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
  • Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.
  • Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai perletakan jawatan daripada majikan.
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.
  • Warga kerja MARA dan subsidiari MARA tidak layak memohon pinjaman ini.

SYARAT AKADEMIK

Sarjana

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.00 atau yang setaraf dengannya bagi pengajian peringkat terdahulu

Doktor Falsafah (PhD)

  • Memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.50 atau yang setaraf dengannya.
  • Pemohon yang tidak memenuhi syarat CGPA seperti yang dinyatakan layak dipertimbangkan, sekiranya memiliki pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.

Syarat Program

  • Pemohon yang sedang atau akan memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2020.
  • Mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 2 tahun bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah.
  • Mendapat tawaran pengajian daripada Institusi Pengajian dalam negara seperti di LAMPIRAN A.
  • Belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang akan diikuti.
  • Kursus yang diikuti telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  • Permohonan terbuka untuk pengajian secara SEPENUH MASA sahaja.

 

TEMPOH PINJAMAN:

  • Tempoh pinjaman bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut:

Sarjana: 1 – 2 tahun

Doktor Falsafah: 4 tahun

 

PERMOHONAN

  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web rasmi MARA http://www.mara.gov.mymulai 17 September sehingga 17 Oktober 2020.
  • Permohonan secara atas talian (online) yang telah dihantar sila ke URL: https://mypersonaliti.mara.gov.mybagimenduduki Ujian Personaliti.
  • Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

MOHON SEKARANG

Calon boleh membuat permohonan melalui capaian berikut:

TARIKH PENTING

  • Tarikh buka permohonan – 17 September 2020.
  • Tarikh tutup permohonan – 17 Oktober 2020.

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung seperti butiran di bawah:
Bahagian Penganjuran Pelajaran Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA 21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur
Telefon : 03-2613 2103 / 32109 / 32067 / 32106
Emel : pascasiswazah@mara.gov.my