Janji Temu Makan Tengah Hari Eksklusif Bersama Profesor UKM Pilihan Anda / Lunch Date with UKM Professor of Your Choice

Pusat Siswazah menawarkan peluang kepada anda yang bergelar para pelajar siswazah UKM untuk makan tengah hari eksklusif bersama Profesor UKM pilihan. Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada anda untuk berinteraksi dan mengenali Profesor dengan lebih dekat sambil menikmati juadah makan tengah hari di restoran eksklusif pilihan anda. *Pusat Siswazah berbesar hati untuk menaja janji temu makan tengah hari anda*.

Ayuh rebut peluang ini untuk mengenali Profesor UKM pilihan anda melalui perkongsian pengalaman dan kisah perjuangan mereka sehingga beroleh kejayaan dalam bidang masing-masing.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila klikhttp://bit.ly/Janji_Temu

Jangan berlengah lagi. Tempat adalah terhad, selagi stok masih ada!