Jemputan ke Forum Khas Pusat Siswazah: Dunia Pascasiswazah: Keilmuan, Keperluan atau Keterpaksaan

Jemputan ke Forum Khas Pusat Siswazah: Dunia Pascasiswazah: Keilmuan, Keperluan atau Keterpaksaan

​Forum ini bakal mengetengahkan panelis yang terdiri daripada penyelidik muda yang berpengaruh dan berperanan dalam memacu momentum sains & teknologi dalam negara. Forum tertumpu kepada perkongsian pengalaman kerjaya sebagai seorang saintis; seawal dari peringkat pascasiswazah sehinggalah memulakan kerjaya sebagai penyelidik. Forum seterusnya akan berkongsi strategi dan pengalaman ahli-ahli panel dalam meningkatkan minat terhadap penyelidikan dalam bidang STEM dan diakhiri dengan strategi dalam membugarkan kembali minat pelajar terhadap penyelidikan berasaskan STEM. Untuk makluman tuan/puan, ahli panel forum ini ialah;

Moderator: Prof. Madya Dr. Faizal Mohamed, Pengerusi, Pusat Fizik dan Bahan Novel, FST UKM

Panel 1: Dr. Wan Wardatul Amani Wan Salim, penyelidik bioteknologi UIA, Timbalan Pengarah RMC UIA & mantan saintis NASA.

Panel 2: Dr. Mohd Bakri Bakar, penyelidik Kimia UTM, Pengerusi American Chemical Society (ACS) Malaysia Chapter dan ahli National STEM Movement.

Panel 3: Dr. Maryam Azlan, penyelidik imunologi USM & aktivis #MedTweetMy

Panel 4: Encik Shahrin Ahmad, pengasas Falak Online & penggiat astronomi

Untuk biodata lengkap ahli panel dan pendaftaran, sila klik https://goo.gl/HzXopo

Butiran program seperti berikut;

Tarikh: 17 November 2017 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari
(Pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi)
Tempat: Dewan Kuliah Utama, Pusat Siswazah, UKM
Bayaran: PERCUMA

Sekian, terima kasih.