JEMPUTAN KE PROGRAM BICARA TUNTAS PASCASISWAZAH UKM 2019

Pusat Siswazah UKM berbesar hati untuk menjemput YBhg Prof/Datuk/Datoโ€™/Datin/Tuan/Puan hadir
ke program Bicara Tuntas Pascasiswazah UKM 2019 sepertimana perincian berikut:

Tarikh: 4 Disember 2019 (Rabu)
Masa: 8.30 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan Kuliah Utama, Pusat Siswazah, Bangunan Tun Fatimah Hashim, UKM

Untuk makluman, program Bicara Tuntas Pascasiswazah UKM 2019 ini merupakan program dimana dua puluh lapan (28)orang graduan peringkat Doktor Falsafah (PhD) (yang telah menduduki peperiksaan lisan) yang dinamakan oleh fakulti / institut yang akan membentangkan berkaitan penyelidikan mereka dalam masa lima (5) minit yang menggunakan bahasa yang mudah difahami kepada penonton bukan bidang. Program ini diadakan adalah untuk menyediakan platform kepada calon graduan / graduan mempromosikan hasil kajian disamping perkongsian ilmu dan pengalaman penyelidikan di fakulti / institut. Hasrat program ini juga adalah untuk berkongsi penyelidikan dan inovasi yang dijalankan di UKM bersama pihak pemegang taruh, industri dan juga komuniti.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila klik http://bit.ly/BicaraTuntas2019 ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’

Semua dijemput hadir. Terima kasih. ๐ŸŒน