PENCALONAN PENERIMA ANUGERAH EMAS KEDOKTORAN DAN ANUGERAH EMAS SARJANA SESI AKADEMIK 2017-2018

Keputusan Mesyuarat Senat ke-447 pada 27 Ogos 2018 bersetuju untuk memberi penganugerahan Anugerah Emas Kedoktoran dan Anugerah Emas Sarjana kepada graduan pascasiswazah yang mencapai kecemerlangan seperti yang telah ditetapkan.

Kategori dan bidang adalah seperti berikut:

KetegoriBidang Sains, Teknologi dan KesihatanBidang Sains SosialJumlah Pemenang*
Anugerah Emas KedoktoranSeorang pemenangSeorang pemenangDua (2) orang
Anugerah Emas SarjanaSeorang pemenangSeorang pemenangDua (2) orang

Fakulti/Institut dijemput untuk mengemukakan pencalonan bagi Anugerah Emas Kedoktoran dan Anugerah Emas Sarjana kepada pihak urus setia. Semua Fakulti/Institut perlu mencalonkan hanya seorang penama sahaja untuk kategori Kedoktoran dan Sarjana mengikut bidang yang berkaitan sahaja.

Borang Pencalonan

Nomination Form

Terma dan syarat

Setiap borang pencalonan oleh Fakulti/Institut perlu dikemukakan sebelum atau pada hari Jumaat 21 September 2018 kepada:

Urus Setia Anugerah Emas Kedoktoran dan Anugerah Emas Sarjana
Pejabat Pengarah Pusat Siswazah
Aras 3, Bangunan Tun Fatimah Hashim
Universiti Kebangsaan Malaysia

u/p : Prof. Madya Dr. Roslinda Shamsudin (linda@ukm.edu.my)
Ketua, Tadbir Urus Kualiti dan Pengajian Siswazah