Syarahan Umum Pusat Siswazah Siri 4/2018 yang bertajuk Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Bidang Sains dan Teknologi untuk MyBrain15.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia ingin menjemput para pelajar pascasiswazah (Sarjana dan Kedoktoran) yang mendaftar pada Semester 1 Sesi 2017/2018 dan Semester 2 Sesi 2017/2018 ke Syarahan Umum Pusat Siswazah Siri 4/2018 yang bertajuk Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Bidang Sains dan Teknologi untuk MyBrain15.

Untuk makluman, syarahan ini akan disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Talib Latif.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh: 19 Mac 2018 (Isnin)
Masa: 2.30 – 5.00 petang (Pendaftaran bermula pada jam 2.00 petang)
Tempat: Dewan Kuliah Utama, Pusat Siswazah UKM

Kumpulan sasaran ialah pemohon MyBrain dari kumpulan Sains dan Teknologi.

Untuk pendaftaran, sila klik https://goo.gl/5seZtc ??

Sila hubungi Cik Fareeza Faziera Mohd Sajari di talian 03-8921 4207 atau emel fareezasajari[at]ukm.edu.my untuk maklumat lanjut.