TAWARAN PERMOHONAN SKIM ZAMALAH PENYELIDIKAN SEM 1 2020/2021 (BANTUAN YURAN PENGAJIAN SAHAJA)

 

Assalamualaikum wbt. dan selamat sejahtera

Pelajar Pascasiswazah Baharu
Fakulti Sains & Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia

Tuan/Puan,

TAWARAN PERMOHONAN SKIM ZAMALAH PENYELIDIKAN SEM 1 2020/2021
(BANTUAN YURAN PENGAJIAN SAHAJA)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Sehubungan dengan ini, sukacita dimaklumkan bahawa UKM telah membuka permohonan Skim Zamalah Penyelidikan (Bantuan Yuran Pengajian Sahaja) bagi Semester 1 2020/2021 kepada pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah (calon yang belum mendaftar atau berada dalam semester pertama pengajian) secara penyelidikan dan mendaftar sepenuh masa.

 

3. Bersama – sama ini disampaikan dokumen – dokumen berkaitan bagi tujuan permohonan ini. Dokumen berkenaan adalah seperti berikut:

 

i. Garis Panduan Skim Zamalah Penyelidikan iaitu seperti di Lampiran A

ii. Jadual Kerja Permohonan Skim Zamalah Universiti Penyelidikan Sem 1 2020/2021 iaitu seperti di Lampiran B

iii. Borang Permohonan Baharu seperti di Lampiran C

iv. Borang Laporan Prestasi untuk Permohonan Pelanjutan seperti di Lampiran D

4. Borang yang telah lengkap disemak dan ditandatangan oleh Penyelia perlu dihantar terus ke Pejabat, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) sebelum atau pada 17 September 2020 (Khamis). Sebarang pertanyaan lanjut tuan/puan boleh berhubung terus dengan pihak CRIM di talian 03 – 8921 5112 (Puan Nur Izyani Ahamad Azahari). Laman sesawang CRIM http://research.ukm.my/

 

Sekian, terima kasih.