Dari Meja Pengarah

????????????????????????????????????

Prof. Madya Dr. Tajul Arifin Muhamad

Selamat datang ke portal rasmi Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia. Selepas dinaiktaraf dari Unit kepada Pusat, maka Pusat Sukan UKM terus bergerak seiring dengan jabatan lain di UKM dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Usaha terus diperkasakan oleh Pusat Sukan UKM dalam menjayakan hasrat kerajaan untuk terus membudayakan sukan dan ICT di negara ini. Di samping itu juga, Pusat Sukan bertekad untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan berkualiti selaras dengan Pensijilan ISO 9001:2008 (SPKP) yang telah dianugerahkan kepada Pusat Sukan UKM pada tahun 2013 dan yang terbaru Pensijilan 5S pada April 2015 yang lalu.

Secara umumnya, fungsi utama portal ini adalah sebagai satu medium komunikasi dan alat komunikasi dua hala bagi penyebaran maklumat agar lebih mudah dan cepat. Sejajar dengan penggunaan teknologi maklumat yang semakin meningkat, Pusat Sukan UKM tidak terkecuali daripada memaparkan semua maklumat berkaitan dengan pembangunan sukan di UKM sebagai sumber rujukan kepada pengguna dengan tujuan untuk mengukuh dan memperbaiki sistem penyampaian dalam perkhidmatan sukan.

Portal Pusat Sukan UKM akan terus bergerak ke hadapan selaras dengan perubahan dalam teknologi maklumat dengan menyediakan pengkalan data maklumat sukan. Di samping itu, orang ramai juga dapat mengenali dan memahami fungsi utama Pusat Sukan UKM dalam usaha untuk membantu kerajaan meningkatkan kualiti dan prestasi sukan di negara ini sama ada di peringkat IPT, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Akhir sekali, saya berharap agar segala maklumat dan data yang disediakan melalui portal ini akan memberikan manfaat kepada semua pihak. Seterusnya menjadi medium mendekatkan pengguna dengan Pusat Sukan UKM.

 

Prof. Madya Dr. Tajul Arifin Muhamad

Pengarah Pusat Sukan UKM