KLINIK ASAS PETANQUE 2017

Setiap tahun Pusat Sukan akan menganjurkan Kejohanan Sukan Staf Antara Gugusan yang merupakan satu–satunya sukan utama Universiti yang dinantikan oleh semua kakitangan UKM. Penyertaan melibatkan kakitangan pentadbiran (P&P dan Staf Sokongan) serta staf akademik. Sukan Petanque merupakan sukan baru yang akan diperkenalkan di UKM. Pengenalan sukan ini diadakan kerana Sukan Petanque akan dipertandingkan di Kejohanan SUKUM 2017 di UPSI pada tahun ini dan UKM juga merupakan Tuan Rumah (Host Venue) bagi 2 kejohanan besar Universiti iaitu Kejohanan Sukan MASUM pada bulan Ogos dan Kejohanan SUKIPT yang dijadualkan pada Febuari 2018.

Bagi membentuk pasukan Petanque UKM dan persediaan kepada 2 kejohanan besar ini, PADA kEJOHANAN SUKAN STAF ANTARA GUGUSAN UKM 2017 sukan ini akan dipertandingkan. Penyertaan bagi Klinik ini terhad kepada 50 orang dan bayaran adalah sebanyak RM 60.00/seorang (Makan,Minum dan Sijil). Kehadiran akan direkodkan ke Sistem Espel (Warga UKM)

Tarikh Acara : Mula: 15/04/2017 Tamat: 16/04/2017
Masa Acara : Mula: 08:00 Pagi Tamat: 05:00 Petang
Tempat : Bilik Seminar Pusat Sukan

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Noor Farahliana Dahalin di talian 018 352 7874 atau email farahliana@ukm.edu.my

Tarikh tutup penyertaan : 13 April 2017, Khamis

Klik untuk Muat turun BORANG-PENDAFTARAN-KLINIK-ASAS-PETANQUE-2017