PENCALONAN BAGI MAJLIS ANUGERAH SUKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KALI KE-26

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pusat Sukan, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Majlis Anugerah Sukan UKM Kali Ke-26 yang dijadualkan pada MAC 2016.

Sehubungan dengan itu, Pusat Sukan mengalu-alukan pencalonan daripada pihak YBhg. Prof./Dato’/Dr./Tuan/Puan bagi menjayakan pelaksanaan majlis tersebut.  Bersama-sama ini dilampirkan Kriteria dan Borang Pencalonan untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.

Klik Link di bawah untuk muatturun:

Kriteria

Borang Pencalonan

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pengurusan Acara Pusat Sukan ditalian 03-89214511. Borang pencalonan yang lengkap beserta gambar berukuran passport (softcopy) perlu diserahkan ke Unit Pengurusan Acara di Bangunan Pavilion Pusat Sukan atau email ke farahliana@ukm.edu.my. Tarikh akhir pencalonan adalah pada 18 Mac 2016 (Jumaat).

Sokongan dan kerjasama YBhg. Prof./Dato’/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.