Pusat Sukan

 UKM

Unit Kokurikulum

PENGENALAN

Unit Ko-Kurikulum, Bahagian Pembangunan Pusat Sukan telah diwujudkan pada Semester 1 2015/2016 merupakan satu unit yang bertanggungjawab terhadap penawaran Kursus Citra Sukan (C6) kepada pelajar pra-siswazah UKM, pembangunan kelab-kelab sukan pelajar & kakitangan UKM serta pengurusan program kesukarelawanan, khidmat masyarakat, dan program pembangunan insaniah kepada warga UKM.

FUNGSI

  1. Menguruskan penawaran Kursus Citra Sukan (C6) kepada pelajar pra-siswazah pada setiap semester pengajian sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2015 melibatkan Kampus Bangi dan Kampus Cawangan termasuk pelajar antarabangsa yang perlu mengambil Kursus Citra Sukan (C6). 
  2. Menguruskan hal ehwal kebajikan pelajar Kursus Citra Sukan dari aspek jadual perkuliahan, permohonan rayuan pendaftaran secara manual serta khidmat nasihat berkaitan subjek yang diambil.
  3. Menguruskan kemasukan gred pelajar ke dalam Sistem SMP termasuk urusan rayuan semakan semula markah dan rayuan peperiksaan ulangan (kepada pelajar tahun akhir).
  4. Menguruskan hal ehwal kebajikan Tenaga Pengajar Kursus Citra Sukan dari segi bilik kuliah dan tempat pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran, bengkel dan kursus UKM Folio & kelas on-line, tuntutan tenaga pengajar dan urusan lain berkaitan kebajikan Tenaga Pengajar yang dilantik pada setiap semester pengajian. 
  5. Menguruskan pembangunan kelab-kelab sukan pelajar dan kakitangan UKM agar program-program berimpak dibawah kelab dapat diperkasakan dan dilaksanakan pada setiap tahun.
  6. Menguruskan program-prorgam kesukarelawanan, khidmat masyarakat dan program pembangunan insaniah kepada warga UKM agar Pusat Sukan dapat membantu Universiti dalam melahirkan Warga yang bukan sahaja cergas dan cerdas tetapi dapat menyumbangkan bakat dan kepimpinan mereka dalam program dalaman dan anjuran luar yang disertai dalam era globalisasi masa kini.