Pusat Sukan

 UKM

Unit Kompetensi

PENGENALAN

Unit ini ditubuhkan pada tahun 2011 dalam usaha Pusat Sukan bersama 11 PTJ lain di UKM untuk mendapatkan pensijilan MS ISO 9001:2008 di bawah Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan UKM. Unit ini terdahulu dikenali sebagai Unit Kualiti melupakan urusetia di peringkat Pusat Sukan dalam memastikan kelancaran proses pensijilan. Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan UKM (SPKP UKM) yang dibentuk pada Jun 2011 telah berjaya meraih Pensijilan MS ISO 9001:2008 untuk tempoh tiga (3) tahun berkuatkuasa mulai 18 Januari 2013 – 17 Januari 2016 bagi 12 PTJ yang digabungkan di bawah satu pensijilan dengan skop yang berlainan dan Pusat Sukan adalah di bawah skop Pengurusan Sukan. Pada April 2015 yang lalu, setelah bertungkus lumus untuk persediaan pensijilan 5S, di bawah Sistem Persekitaran Berkualiti, SPKP UKM, Pusat Sukan bersama PTJ lain di UKM telah dianugerahkan pensijilan Persekitaran Berkualiti/5S.

FUNGSI

1. Menjadi urusetia aktiviti SPKP Pusat Sukan dan bekerjasama dengan JK SPKP UKM
2. Menjadi urusetia aktiviti SPB SPKP Pusat Sukan dan bekerjasama dengan JK SPB SPKP UKM
3. Memberi kesedaran, memberi latihan, membangunkan dokumen dan menyelaraskan SPKP Pusat Sukan
4. Merancang dan melaksanakan program Audit Kualiti Dalaman Pusat Sukan
5. Menggerakkan program 5S Pusat Sukan
6. Menjadi urusetia bagi semua program audit di Pusat Sukan (Audit Pengurusan, Audit Kemneterian Pengajian Tinggi, Audit SPKP, Audit SPB SPKP, Audit Pengekalan Swaakreditasi) – Menyelaras laporan audit dan memastikan tindakan diambil terhadap hasil audit.
7. Merancang dan melaksanakan latihan dengan kerjasama Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional UKM)