Jurnal undang-undang kini dan kebelakangan disusun di rak mengikut abjad judul. Senarai judul jurnal ditampal di bahagian depan panel rak untuk membantu pelanggan mengesan judul dengan cepat. Di antara jurnal undang-undang yang terdapat di perpustakaan seperti Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, Jurnal Hukum, Jurnal Syariah, Comparative Law Journal dan sebagainya. Koleksi jurnal undang-undang ini ditempatkan di aras 2 dan hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja.
|