VISI |
| |
MISI |
-
Perpustakaan bertekad menjadi sebuah perpustakaan terkehadapan yang menjadi penghubung utama antara rangkaian maklumat dengan pelanggan. Perpustakaan akan mempertingkatkan mutu perkhidmatan, prasarana dan teknologi yang terbaik supaya mewujudkan suasana keilmuan yang sihat dan memikat seterusnya dapat dimanfaatkan oleh warga Universiti khususnya dan masyarakat amnya.
|
OBJEKTIF |
-
Membangun, mendokumentasi dan menyelenggara sumber maklumat keperluan pengajaran. pembelajaran dan penyelidikan universiti dalam pelbagai bentuk.
-
Menyediakan dan mengurus perkhidmatan maklumat dan kemudahan perpustakaan yang berkualiti bagi keperluan pelanggan.
-
Mewujudkan prasarana dan persekitaran fizikal yang berkualiti dan teknologi maklumat dan komunikasi terkini bagi memenuhi urusan keilmuan dan pembelajaran sepanjang hayat.
-
Memusakakan ilmu dan hasil keluaran Universiti supaya perpustakaan menjadi pewaris ilmu.
-
Membangun dan meningkatkan kompetensi modal insan yang mengamalkan budaya kualiti.
|
DASAR KUALITI |
|
PIAGAM PELANGGAN |
-
Menyediakan dan menguruskan sumber maklumat yang berkualiti dan terkini dalam pelbagai bidang pengajian.
-
Menyediakan pelbagai kemudahan teknologi maklumat terkini bersesuaian dengan keperluan pelanggan.
-
Mengutamakan pelanggan dengan memberi perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra.
-
Membantu pelanggan mengesan, mengakses, dan memperoleh maklumat yang relevan.
-
Menyediakan perkhidmatan kaunter yang cekap dan selesa kepada pelanggan.
|