Sistem Pembekalan Penerbitan

 

Pelanggan boleh meminjam atau mendapatkan bahan-bahan yang tidak terdapat di Perpustakaan Undang-Undang dari institusi lain dari dalam dan luar negara. Antara Perpustakaan yang menyertai sistem ini termasuklah British Library, semua Perpustakaan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), semua perpustakaan yang menjadi ahli Sistem Pembekalan Penerbitan yang dikendalikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan perpustakaan dari institusi lain yang dicadangkan oleh pelanggan.

Kelayakan Memohon

Keutamaan mendapatkan perkhidmatan ini diberi kepada ahli akademik/ikhtisas/pentadbiran, pelajar pasca siswazah dan pelajar-pelajar tahun akhir Perpustakaan Undang-Undang.

Cara Memohon

Pelanggan diminta mengisi borang permohonan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) melalui sistem iQuestdengan memberi maklumat yang lengkap dan tepat mengenai bahan yang diperlukan. Permohonan akan diproses oleh kakitangan bertanggungjawab dan dihantar ke institusi dalam negeri dan juga ke luar negara. Pemohon akan dikenakan bayaran kos bahan yang dibekalkan serta bayaran perkhidmatan.

Jangkamasa Penerimaan Bahan

Jangkamasa penerimaan bahan ialah di antara 1 minggu hingga 2 minggu. Pelanggan akan dihubungi melalui e-mel atau telefon sekiranya bahan telah diterima daripada institusi pembekal. Tempoh pinjaman bahan tersebut pula adalah selama 2 minggu.

Bayaran Perkhidmatan

1. Bahan dari Dalam Negara

PERCUMA untuk semua permohonan artikel dan buku.

2. Bahan dari Luar Negara (British Library)

a. Ahli Akademik

Bahan
Bayaran
Artikel

PERCUMA untuk 5 artikel setahun
Artikel yang keenam dan seterusnya – RM10.00 per artikel

Buku

RM20.00 per buku

b. Pelajar Pra Siswazah Tahun Akhir dan Pasca Siswazah

Bahan
Bayaran
Artikel

PERCUMA untuk 3 artikel setahun
Artikel yang keempat dan seterusnya – RM10.00 per artikel

Buku

RM20.00 per buku

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Puan Norliah Sukarno
Tel: 603-8921 6391

Encik Mohd Zukhairi Abdullah
Tel: 603-8921 6957

Faks: 603-8921 6397
e-mel: lawlib@ukm.edu.my

 

kpustaka@ukm.edu.my webptsl@ukm.edu.my
Perpustakaan Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi, Selangor DE, Malaysia
603-89216393 (TEL) 603-89216397 (FAKS)