PENGENALAN

Perpustakaan Undang-Undang (PUU) ditubuhkan pada  Mac 1985 bermula dengan penubuhan cawangan dan koleksinya di Perpustakaan Tun Seri Lanang.  Pada Jun 1996, PUU telah berpindah ke bangunannya sendiri dan bertindak sebagai Perpustakaan Cabang.

Matlamat utama penubuhan Perpustakaan adalah untuk membantu proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan melalui penyediaan perkhidmatan dan koleksi bahan terkini dalam bidang .

Pada dasarnya Perpustakaan Undang-Undang memiliki koleksi yang terdiri dari statut, laporan undang-undang, bahan terbitan bersiri, buku teks dan buku am undang-undang.  Selain dari itu, Perpustakaan Undang-Undang juga memiliki Koleksi Khas seperti Koleksi Hooker, Koleksi YM Tengku Tan Sri Dato' Seri Ahmad Rithauddeen (mantan Pro Canselor UKM), Koleksi ASEAN, Koleksi YM Raja Aziz Addruse, tesis pelajar Fakulti Undang-Undang dan Koleksi Pandang Dengar.

Selari dengan perkembangan teknologi, Perpustakaan Undang-Undang juga melanggan beberapa pangkalan data  dalam talian seperti Lexis Research for Academics, Westlaw Asia, Lawnet, CLJ Law dan HeinOnline untuk kegunaan pelanggan.

 

kpustaka@ukm.edu.my webptsl@ukm.edu.my
Perpustakaan Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi, Selangor DE, Malaysia
603-89216393 (TEL) 603-89216397 (FAKS)