Pinjaman / Pemulangan

 

Perkhidmatan pinjaman/pemulangan ini adalah terhad kepada buku-buku am undang-undang sahaja.  Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan yang dipinjam.  Buku yang dipinjam hendaklah dikembalikan sebelum atau pada tempoh yang tercatat di dalam buku.  Pelanggan  yang lewat memulangkan buku akan dikenakan denda sebanyak RM0.20 sen sehari bagi setiap bahan. Selain dari denda ini, penalti akan dikenakan sebanyak RM5.00 seminggu atau sebahagiannya.  Pelanggan dibenarkan memperbaharui pinjaman secara dalam talian melalui Gemilang sebanyak 3 kali sahaja.

Kelayakan meminjam:

Kategori

Bilangan Buku

Tempoh

Kakitangan Akademik / Pegawai Universiti / Tutor

25

30 hari

Pensyarah Sambilan / Tutor Sambilan / Profesor Pelawat

10

30 hari

Skim Khidmat Sementara / Pembantu Penyelidik / Jurutunjuk

3

14 hari

Pasca Siswazah

7

14 hari

Pra Siswazah

5

7 hari

Kakitangan Sokongan

2

7 hari

Ahli Korporat (maksima 10 orang)

2

14 hari

 

kpustaka@ukm.edu.my webptsl@ukm.edu.my
Perpustakaan Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi, Selangor DE, Malaysia
603-89216393 (TEL) 603-89216397 (FAKS)