Kamera dan Alat Tambahan

Kamera SLR dan Lens

 

Untuk menghasilkan kerja-kerja senifoto yang baik, peralatan berikut diperlukan.

1. Kamera dan peralatan tambahan
2. Cahaya
3. Bakat


Pada peringkat awal perkembangan kamera, jenis-jenis berikut telah diperkenalkan.

i. Ukuran Separuh
ii. Ukuran Leica
iii.Ukuran 6x6

i. Ukuran Separuh:

Kamera jenis ini boleh merakam gambar sebanyak dua kali ganda dari jumlah filem. Setiap exposer filem hanya separuh digunakan. Jika filem yang digunakan 36 exposer anda akan perolehi sebanyak 72 exposer. Kamera jenis ini tiada lagi di pasaran.

ii. Ukuran Leica:

Kamera jenis ini boleh diperolehi dalam bentuk negatif 24x56 mm. Shutter kamera jenis ini dibentuk dalam dua jenis; Shutter Lens dan Shutter Focal Plane.

Terdapat dalam kumpulan ini Kamera Single Lens Reflex (SLR)

iii. Ukuran 6x6:

Ukuran jenis ini boleh diperolehi dalam format View Kamera. Terdapat dalam jenis Rengfinder Shutter Lens , Single Lens Reflex. Dalam kamera seumpama ini yang menggunakan jenis Twin Lens Reflex (TLR). Terdapat dalam kumpulan-kumpulan ini ialah kamera Twin Lens Reflex (TLR) dan Single Lens Reflex (SLR).

i). TLR ialah kamera dua lens yang mempunyai peranan masing-masing. Lens yang dibawah berfungsi untuk membawa cahaya masuk ke filem. Manakala lens di atas berfungsi membawa cahaya ke Viewfinder. 

ii). SLR ialah kamera yang berfungsi dengan satu Lens dan satu cermin pembalikan. Hasilnya apa yang dilihat pada tingkap penenang (Viewfinder) akan sama dengan rakaman di filem.

Alat tambahan kamera bertujuan memudahkan kerja-kerja senifoto yang berat. Kebanyakan kamera SLR dan kamera View disediakan alat tambahan.

Alat tambahan kamera bertujuan memudahkan kerja-kerja senifoto yang berat. Kebanyakan kamera SLR dan kamera View disediakan alat tambahan.

Berikut ialah sebahagian alat tambahan pada sebuah kamera.

i. Lens
ii. Exposer Meter
iii. Flash
iv. Filter
v Tripod

i. Lens:

Lens amat penting pada sebuah kamera. Lens mesti bersih dari debu dan kesan calar. Oleh itu penjagaan lens perlu diutamakan. Elakkan dari terkena fungus dan wap air.

Jenis - Jenis Lens:

Berikut ialah jenis-jenis lens.

a. Wide Angle Lens
b. Standard Lens
c. Telephoto Lens
d. Zoom Lens

a. Wide Angle Lens - Merupakan Lens yang membolehkan kita mengambil gambar pada sudut yang luas. Dalam ketogeri ini, Wide Angle terbahagi pula kepada Super Wide. 
Berikut ialah jenis Lens Wide Angle.

16mm, 18mm, 20mm, 24mm, 35mm,

Jika lebih kecil angkanya bermakna lebih luas bukaan sudut pandangannya. Namun perlu diingatkan sudut yang luas akan memberi kesan lengkung.

b. Standard Lens - Ialah lens yang boleh mengambil gambar mengikut pandangan mata manusia. Lens ini amat sesuai untuk mengambil gambar-gambar potret Contoh: 50mm, 55mm, 70mm.

c. Telephoto Lens - Ialah lens yang memiliki sudut pandang yang sempit. Ia amat sesuai untuk mengambil gambar pada jarak yang jauh. Telephoto Lens juga berperanan untuk crouping gambar.

Contoh Lens: 135mm, 200mm, 300mm,500mm, 1000mm

d. Micro Lens - Ialah lens yang boleh merakam gambar pada jarak dekat untuk keperluan gambar-gambar mikro atau close-up. Lens ini memiliki angka seperti yang terdapat pada Lens Standard dan Telephoto.

Contoh: 55mm, 105mm, 200mm

Lens 55mm boleh merakam gambar pada jarak dekat. Lens 105mm dan 2000mm boleh merakam gambar mikro pada jarak jauh.


e. Zoom Lens - Ialah lens yang menggabungkan beberapa ciri lens yang tersenarai diatas. Ini bermakna, dalam satu lens terdapat dua atau tiga sudut lens.

Contoh: 25mm - 55mm, 70mm -135mm, 80mm -200mm.

Pada sebuah lens terdapat fungsi-fungsi berikut.

a. Focusing Ring
b. Aperture

a. Focusing Ring - Peranan Focusing Ring ialah untuk mencari jarak yang tepat agar gambar tidak kabur.

b. Aperture - Ialah alat bukaan lens yang juga dikenali sebagai f/stop. Tanpa f/stop gambar tidak terhasil dengan baik. f/stop membantu menapis kemasukkan cahaya ke filem. Lobang f/stop yang besar ditanda dengan angka kecil. Manakala f/stop yang kecil diwakili oleh angka yang besar.

Contoh Aperture analog:

f32,f22,f16,f11 - lobang kecil
f8,f5.6,f4 - lobang sedarhana
f3,f3.5,f2,f2.8 - lobang besar

Setelah wujudnya kamera digital, Aperture telah berubah dan bertambah jumlah bacaannya.

Contoh tambahan yang berlaku:

f32,f30,f22,f20,f16,f12,f11 - lobang kecil
f10,f8,f5,f5.6,f4 - lobang sedarhana
f3,f3.5,f2,f2.8 - lobang besar

Angka Aperture yang berwarna merah merupakan tambahan pada kamera digital.

 

Aperture 16
Aperture 5.6
Aperture 4

Depth Of Field

i. Aperture berfungsi untuk menghasilkan gambar yang bermutu. Untuk mendapatkan gambar yang tajam (Sharp), gunakan Aperture yang kecil agar Depth Of Field menjadi tajam.

Depth Of Field ialah keadaan gambar Out Focus atau In Focus 

Jika mahukan gambar yang kabur dibahagian latarbelakang, gunakan Aperture yang sederhana. Keadaan gambar akan menimbulkan kabur dibahagian latarbelakang. Namun penggunaan jenis lens juga akan memberi kesan yang baik untuk teknik ini. Contoh Lens yang dimaksudkan ialah Micro, atau Telephoto.

Penggunaan Aperture juga boleh mempengaruhi keadan gambar menjadi Soft atau High Contras.

Ketika menggunakan flash sila pastikan penggunaan Aperture yang betul agar gambar yang anda rakam tidak over atau under exposes.

Shutter Speed:

Shutter Speed ialah Kelajuan Bukaan Lens. Shutter Speed ditanda dengan angka. Contoh Shutter Speed ialah:

1/B - Shutter Speed paling perlahan
1/1,1/2,1/4,1/8,1/15,1/30 - Shutter Speed perlahan
1/60,1/125,1/250 - Shutter Sederhana
1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000 - Shutter Speed Laju

Jika pada kamera digital terdapat perbezaan Shutter Speed seperti yang ditandakan pada warna merah.

1/B - Shutter Speed paling perlahan
1/1,1/2,1/4,1/8,1/15,1/30,1/40- Shutter Speed perlahan
1/60,1/80,1/125,1/250,1/300- Shutter Sederhana
1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000 - Shutter Speed Laju

1/1 bermaksud bukaan selama 1 saat. Manakala 1/4000 ialah 1 saat dibahagi 4000. Ini bermakna 1/1 merupakan Shutter Speed paling lama bukaannya. 1/4000 merupakan Shutter Speed paling laju. Namun terdapat satu lagi Shutter Speed yang boleh dibuka seberapa lama yang anda mahu, iaitu Shutter Speed 1/B

Shutter Speed

 

Penggunaan Shutter Speed yang tepat dengan Aperture akan menentukan penghasilan gambar yang baik. Jika tidak gambar akan under atau over expose.

Fungsi Aperture Dan Shutter Speed -

ii. Shutter Speed digunakan untuk rakaman gambar yang bergerak. Contohnya merakam sebuah kereta yang sedang bergerak gunakan Shutter Speed yang laju (1/250) oleh itu kereta yang dirakamkan akan terhenti di dalam gambar. Teknik Panning boleh digunakan dengan menggerakkan kamera mengikuti pergerakan kereta hasilnya latarbelakang gambar akan kabur. Latar belakang yang kabur itu disebabkan oleh pergerakan kamera.

Dua contoh gambar yang menggunakan Shutter Speed

 


ii. Exposer Meter:

Exposer Meter untuk bacaan di luar kamera. Cahaya studio dan cahaya matahari

 

Exposer Meter merupakan alat tambahan yang membantu bagi mendapatkan gambar yang baik. Jika sebelum wujud Exposer Meter penggiat senifoto perlu mahir memahami keupayaan cahaya. Exposer Meter boleh mengukur cahaya dengan tepat dan pantas.

Terdapat dua jenis Exposer Meter di pasaran

a. Exposere Meter Binaan Dalam
b. Exposere Meter Bebas Guna.

a. Exposere Meter Binaan Dalam- Exposer Meter jenis ini mudah digunakan. Komponennya dibina didalam kamera. Namun anda perlu mahir menggunakannya jika tidak gambar akan under expose. Contoh jika mengambil gambar di kawasan berlatar belakangkan cahaya yang kuat. Cahaya yang dimaksudkan seperti di pantai bilamana latar belakangnya adalah langit dan air laut pada waktu siang. Objek yang berada di sekitarnya akan hitam jika pengiraan tidak tepat. 

Kamera sekarang semuanya disediakan dengan Exposere Meter
jenis ini.

b. Exposere Meter Bebas Guna - Exposer jenis ini direka berasingan dengan Kamera. Cahaya yang diukur dengan menggunakan exposer jenis ini lebih tepat kerana ia boleh diukur pada keadaan cahaya yang sebenar. Kerja-kerja mengambil gambar yang berbentuk pengiklanan lebih mudah dilakukan termasuk juga kerja-kerja Close-up, Modeling.

Exposer meter Bebas Guna terdapat dalam dua ketogeri.

i. Exposer Meter Daylight: Hanya mengira cahaya Matahari atau
cahaya buatan seperti cahaya lampu. 
ii. Exposer Meter Elektronik: Untuk mengira cahaya dari lampu
flash studio.


iii. Flash:

 

Flash membantu kerja-kerja senifoto jika keadaan di lokasi kurang atau ketiadaan cahaya. Flash dapat membantu menghilangkan bayangan (shadow) pada muka model jika rakaman dilakukan di bawah cahaya matahari

Pembinaan flash adalah di luar sebuah kamera. Namun sudah ada flash yang dibina pada kamera. Umpamanya kamera astamatik telah sedia dibina flash. Namun flash ini tidak boleh memberi kepuasan pada senifoto kreatif.

Flash dibina untuk penggunaan yang begitu maksimum. Jika pada peringkat awal wujudnya flash, ia hanya disediakan bagi penggunaan manual. Flash jenis ini hanya boleh berfungsi dengan mengeluarkan cahaya paling maksimum walaupun gambar yang dirakam itu dekat. Sedangkan flash moden telah dibina dengan fungsi automatik. Dengan fungsi ini flash boleh diubah suai mengikut keadaan objek yang hendak dirakamkan.

Disamping fungsi automatik fungsi manual masih disediakan. Namun dengan adanya fungsi automatik penggunaan bateri pada flash menjimatkan. Pada fungsi automatik beberapa faktor perlu diambil perhatian. Beberapa butang control hendaklah diletakkan pada tempatnya.

Contoh; ada butang yang mengawal kedudukan Aperture, Shutter Speed, ASA. Jika kedudukan butang ASA tidak diletakkan pada kedudukan yang betul, maka kiraan f/stop, Shutter Speed akan menjadi tidak tepat. ASA 100 akan memberikan f/stop 8 untuk jarak tiga kaki ke bawah. Tetapi pada ASA 400 kiraannya ialah f/stop 11. pada kebanyakan kamera era sekarang Shutter Speed untuk penggunaan flash ialah 1/60 dan 1/125.


iv. Filter:

Filter

 

Filter dibuat dari plastik tahan lasak yang berkualiti tinggi. Ada juga yang dibuat dari kaca yang bermutu.

Filter berfungsi; menyelamatkan lens dari terkena debu, terguris yang mungkin menyebabkan lens rosak. Filter juga berfungsi untuk memberi kesan sampingan pada gambar warna dan memberi kesan High Contras dan Low Contras pada filem hitam putih.

Filter ultra voilet (UV) membantu mencegah Lens agar tidak tercalar. Sementara Filter yang membantu membuat pembetulan ialah Filter Biru, Merah, Kuning, Polarizing. Star Filter, Multi Filter. Filter-Filter ini juga membantu untuk kesan sampingan (Special Effec)


@RaaiMan tahpermai 251099   [edit ukm: 2808_2006]