Salah satu misi sesebuah universiti adalah untuk menjadi enjin pertumbuhan bagi negara, membuka peluang bagi pelajar dan para sarjana bertukar fikiran.
Bagaimanakah pendidikan universiti serta penyelidikan yang dijalankan dapat membantu negara yang akan berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi, risiko alam sekitar, perubahan sosial dan kuasa-kuasa lain yang turun naik?