Nic Utama Penyelidikan UKM

Penyelidikan ditakrifkan sebagai penjanaan ilmu baru atau penggunaan (sintesis dan analisis) ilmu sedia ada secara kreatif/inovatif untuk menghasilkan konsep, kaedah, aplikasi, amalan, kerja/persembahan kreatif serta pemahaman baru. Nic utama penyelidikan ditakrifkan sebagai beberapa bidang penyelidikan yang menjadi kekuatan penyelidikan di UKM. Nic utama penyelidikan mempunyai beberapa nic penyelidikan dan kumpulan penyelidikan. Nic Utama dan nic penyelidikan UKM adalah seperti berikut:

Nic Utama Nic Penyelidikan
Negara Bangsa, Peradaban dan Pembangunan Negara Bangsa
Pendidikan dan Peradaban
Politik dan Keselamatan
Sains Kelestarian dan Kemajuan Wilayah
(Kelestarian dan Teknologi Hijau)
Pembangunan Lestari Wilayah
Perubahan Iklim
Ekonomi, Kewangan dan Perniagaan
Transformasi Luar Bandar
Biosains, Kesihatan dan Teknologi Termaju
(Teknologi Termaju dan Sains Perubatan)
Tenaga Keterbaharuan
Teknologi Kesihatan dan Perubatan
Nanoteknologi Kesihatan dan Bahan Termaju
Kepelbagaian Biologi Dalam Pembangunan Teknologi
ICT: Informatik Isian

Nic Utama Sains Kelestarian dan Kemajuan Wilayah

Nic Utama Sains Kelestarian dan Kemajuan Wilayah merangkumi pembangunan lestari wilayah, perubahan iklim dan trasformasi luar bandar. Dalam bidang tujahan ini  seramai lima orang daripada penerima Anugerah Langkawi adalah warga UKM. Anugerah Langkawi merupakan salah satu penghargaan dan penghormatan tertinggi negara kepada orang perseorangan rakyat Malaysia dan organisasi berdaftar di Malaysia yang memberikan sumbangan yang signifikan di dalam bidang alam sekitar.

Warga UKM juga merupakan pelopor dan tunjang kepada pembentukan makmal alami sebagai teras kepada peningkatan tahap sosio ekonomi melalui pelancongan dan pemuliharaan di Langkawi Global Geopark dengan kerjasama UNESCO, Tasik Cini sebagai UNESCO Biosphere Reserve yang mana kedua-duanya adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dan Asia Tenggara.

Dalam inisiatif yang serupa, UKM mempunyai makmal alami di beberapa tempat diseluruh Negara iaitu Pusat Penyelidikan Marin (EKOMAR) di Mersing, Johor dalam bidang sains marin, Pusat Penyelidikan Bukit Frazer mengkaji bidang konservasi dan Pusat Penyelidikan Kuala Pilah mengkaji bidang biofuel Jatropha. Beberapa pusat penyelidikan lagi sedang dibangunkan seperti di Teluk Intan, Tanjung Karang dan Beranang dalam bidang kesihatan masyarakat.

Kecemerlangan dan sumbangan besar ahli akademik UKM ditonjolkan lagi dengan pengiktirafan 6 orang Profesor UKM sebagai Ketua atau Timbalan Ketua Kluster dalam Majlis Profesor Negara. Dua orang mantan Profesor UKM juga berada dalam Majlis Profesor Negara sebagai Pengerusi dan Ketua Kluster.

Kecemerlangan akademik UKM diiktiraf dan mendapat kepercayaan pihak luar yang telah menaja beberapa anugerah kursi endowmen daripada pihak industri seperti Sime Darby Sdn Bhd yang menaja Sime Darby Chair for Climate Change and Sustainable Development dalam jumlah geran dan fasiliti yang besar.

Nic Utama Biosains, Kesihatan dan Teknologi Termaju

Nic Biosains, Kesihatan dan Teknologi Termaju merangkumi bidang tenaga keterbaharuan, teknologi kesihatan dan perubatan, kepelbagaian biologi dalam pembangunan teknologi dan ict (informatik isian). Dalam Nic Biosains, Kesihatan Dan Teknologi Termaju ahli akademik UKM sangat diiktiraf terutamanya berkaitan stem cell dan mycohort biobank. Institut perubatan molekul (UMBI) dan Institut Mikro dan Nano Elektronik (IMEN) menerima pengiktirafan sebagai High Centre of Excellence (HiCOE) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Beberapa pencapaian cemerlang dicapai oleh IMEN mencipta buah pinggang tiruan, Institut Sel Fuel mencipta sel fuel hydrogen powered vehicle dan Advanced Surgical Skill Centre (ASSC) PPUKM melaksanakan pembedahan serta Pusat Kejuruteraan Tisu mengkulturkan tisu dan organ manusia yang membantu pembaikan perubatan regeneratif. Fakulti Sains Kesihatan pula adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dengan pencapaian cemerlang dalam bidang seperti audiologi dan terapi pertuturan serta kesihatan sekitaran. Di samping itu, PTJ seperti Institut Penyelidikan Cahaya Suria (SERI) telah memenangi pelbagai anugerah peringkat antarabangsa.

Fakulti Kejuruteraan pula telah menerima pengiktirafan Washington Accord Status iaitu yang pertama seumpamanya di Asia dan Asia Pasifik. Antara warga akademik tersohor dalam nic ini termasuklah Prof Ishak Hashim yang tercatat sebagai antara minda saintifik paling berpengaruh di dunia, Prof. Dato’ Dr. Kamaruzaman Sofian terkenal dalam bidang tenaga solar dan Prof. Dr. Baharudin Yeop Majlis dalam bidang nanoteknologi, dan Prof Tan Sri Dr Salleh Yassin sebagai Pengarah Pengasas UNU IIGH.

Nic Utama Negara Bangsa, Peradaban dan Pembangunan

Nic Negara Bangsa, Peradaban dan Pembangunan merangkumi bidang negara bangsa, pendidikan dan peradaban serta politik dan keselamatan. Dalam Nic Negara Bangsa, Peradaban Dan Pembangunan kehebatan Profesor UKM unggul dalam kajian etnik dan juga kajian Malaysia dan Antarabangsa.  Program kerjasama oleh Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) dengan negeri-negeri Latin dan Central America telah  mendapat sokongan Group Of Latin America Ambasador (GRULAC). IKMAS juga telah menjadi tumpuan Asean Publlic Intelectual Fellowship (API) di bawah Nippon Foundation sejak bertahun-tahun.

Fakulti Undang-Undang dan warga penyelidiknya telah membuktikan fakulti berkenaan berada pada tempat pertama di Malaysia, tempat ke 17 di Asia dan tempat ke 122 di dunia berdasarkan QS World University Ranking 2014. Fakulti Undang-Undang telah membantu mahasiswa menjuarai pertandingan  regional dan juara dunia Space Law Moot Competition 2014 dan best mooter Philip C. Jessup International Law Moot Court Competition (JESSUP Competition) 2014.

Program STEM BITARA dilaksanakan oleh Fakulti Pendidikan menyokong kepada salah satu program berimpak tinggi di bawah Majlis Penasihat Global Sains dan Inovasi (GSIAC). STEM BITARA juga dilaksanakan bersama dan dengan bantuan kewangan dengan pihak Felda melibatkan pelajar anak peserta Felda dan juga Exxon Mobile yang akan melibatkan pelajar Lembah Kelang seramai 160 orang. Warga akademik UKM cemerlang dalam bidang penddikan dan telah memenangi tujuh daripada 12 kategori yang dipertandingkan dalam carnival E-pembelajaran university-universiti kebangsaan (NUCEL) 2014. UKM juga merupakan  pelopor dalam pendidikan insan cemerlang melalui permata pintar yang memberi peluang kepada mereka yang terpilih untuk mengembangkan potensi dan bakat. UKM telah melaksanakan Terengganu @ UKM dengan mengadakan projek Your Language My Culture dengan bantuan dan kerjasama oleh Yayasan Diraja Sultan Mizan.

Berdasarkan QS Subject Ranking Mapping 2014, bidang pengajian politik dan antarabangsa serta bidang pendidikan berada pada kedudukan 100 terbaik. Pengajian Undang-Undang, matematik, kejuruteraan (mechanical, manufacturing, electric & electronic, civil& structural) berada pada kedudukan 150 terbaik. Pengajian ekonomi dan ekonomatrik, geography dan farmasi& farmakologi berada pada kedudukan 200 terbaik.

 

 

Style Switcher

Layout options
Header options
Accent Color Examples
Background Examples (boxed-only)
View all options →