KRA 2 : Penyelidikan Dan Inovasi
Yang Berimpak Tinggi

Penyelidikan dan inovasi menyokong kepada bidang Keberhasilan Utama Universiti (KRA 2). KRA 2 menyatakan bahawa “Kepakaran dan hasil penyelidikan UKM menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi dan sosial melalui ekosistem yang dapat memupuk penemuan intelek, inovasi, penyebaran dan penggunaan ilmu”.

KRA 2

Tiga (3) sub keberhasilan utama KRA 2 ialah:

1.Kesarjanaan yang diiktiraf

UKM memupuk, menghasil, menarik dan mengekalkan individu dan pasukan sarjana yang tersohor, memacu penyelidikan dan menawarkan penyelesaian berimpak tinggi untuk negara, industri dan masyarakat

2. Penghasilan dan sumbangan penyelidikan

UKM menjana ilmu baru dan menawarkan penyelesaian unik dan berdaya saing serta menjadi rujukan dalam kalangan ilmuwan, industri, komuniti dan pihak berkepentingan yang lain.

3. Pembangunan modal insan

UKM menghasilkan penyelidik yang mempunyai kepakaran dan beretika yang menyumbang kepada proses pengembangan, pengaplikasian ilmu dan inovasi bernilai tinggi.

Style Switcher

Layout options
Header options
Accent Color Examples
Background Examples (boxed-only)
View all options →