Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE)

Status HiCoE diberikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kepada Institut Penyelidikan di IPT yang telah menepati tahap kecemerlangan yang ditetapkan. Dua (2) institut penyelidikan di UKM yang telah mendapat pengiktirafan sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE). Kedua-dua HICoE yang diiktiraf ini, seterusnya akan dipupuk dan dipandu arah melalui pemberian dana suntikan dan pemantauan berterusan untuk dilonjakkan pencapaiannya dalam bidang nic masing-masing ke peringkat antarabangsa yang senantiasa kompetitif oleh pihak KPT. Berikut adalah 2 institutsi penyelidikan di UKM yang telah berjaya mendapat pengiktirafan ini:

  • Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) pada tahun 2009; dan
  • Institut Kejuruteraan Mikro & Nanoelektronik (IMEN) pada tahun 2014.

UMBI yang ditubuhkan pada 1 Julai 2003 memfokus kepada penyelidikan perubatan molekul. Bidang tujahan penyelidikan utama termasuk kanser, penyakit tidak berjangkit (bukan kanser), penyakit berjangkit, anti-oksidan, penuaan, penyakit degeneratif, sel stem dan sains mikrograviti. Pendekatan kajian menggunakan pelbagai teknologi plantar termasuk genomik, proteomik, model in vitro dan juga model haiwan. UMBI telah diisytiharkan sebagai Pusat Kecemerlangan Institusi Pengajian Tinggi (HICoE) oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada 30 Oktober 2009. Bagi program HICoE, UMBI memberi tumpuan kepada biopenanda kanser (cancer biomarkers).

Projek The Malaysian Cohort (TMC) merupakan projek kohort kesihatan penduduk yang terbesar di Malaysia. Projek ini diluluskan oleh kabinet dan bermula pada tahun 2005. Projek topdown ini telah mengumpulkan data kesihatan, data gayahidup, data biofizikal dan biospesimen (darah dan urin) daripada 106,527 orang peserta. Biobank The Malaysian Cohort merupakan biobank terbesar di Asia Tenggara. Data asas prevalens penyakit dari TMC telah diterbitkan dalam International Journal of Epidemiology (Jamal et al, 2014) iaitu jurnal ranking pertama dalam bidang kesihatan masyarakat.

UMBI juga telah terlibat dalam program sains angkasa semasa Program Angkasawan Negara. UMBI menghantar 3 eksperimen sains (nematod C. elegans, sel kanser dan bakteria) ke International Space Station pada tahun 2006 dan 2007. Kini kajian sains angkasa UMBI diteruskan dengan penubuhan UMBI-ANGKASA Microgravity Laboratory, yang dilengkapi alat random positioning machine yang pertama di Malaysia. UMBI juga terlibat dalam projek MyGenome bersama dengan Institut Genom Malaysia dan Malaysian Genome Resource Centre Sdn Bhd. Dalam projek ini penjujukan ke atas 26 genom individu dari pelbagai kaum etnik telah disempurnakan. Komitmen penuh Makmal Genomik UMBI kepada Pusat Perubatan UKM melalui perkhidmatan diagnostik bagi penyakit thalassaemia, epilepsi, kanser dan sebagainya menunjukkan kesungguhan UMBI dalam bidang perubatan molekul.

UMBI juga mempunyai dua buah makmal berakreditasi: makmal bioanalitikal Cohort dengan akreditasi MS ISO 15189:2007 (November 2011) dan makmal genomik dengan akreditasi MS ISO/IEC 17025:2005 (Mac 2012).  UMBI telah berjaya memperolehi geran TRGS yang berjumlah RM980 000 untuk mengkaji peranan microbiome usus dalam penyakit kanser kolorektal. Sepanjang tahun 2014, 7 orang felo penyelidik UMBI telah berjaya menghasilkan 44 penerbitan berindeks. UMBI juga mempunyai jurnal sendiri iaitu Asia-Pacific Journal of Molecular Medicineyang diuruskan secara on-line.

Di samping itu, UMBI menawarkan program pascasiswazah peringkat sarjana dan doktor falsafah dalam bidang perubatan molekul. Graduan UMBI mempunyai kebolehpasaran dan kebolehkerjaan yang tinggi. UMBI kini mempunyai 19 pelajar yang telah bergraduat. UMBI juga mempunyai jaringan kerjasama penyelidikan yang mantap dengan institusi penyelidikan tempatan dan antarabangsa seperti Hunter Medical Research Institute Australia, University of Newcastle, Australia,Steven Institute of Technology, USA dan Shiga University of Medical Science, Japan. Jaringan kerjasama ini membantu dalam meningkatkan kecemerlangan penyelidikan dan pengekalan status UMBI sebagai HICoE.

UMBI berazam untuk menjadi institut penyelidikan perubatan yang cemerlang dan dapat menyumbang kepada penambahbaikan penjagaan pesakit. UMBI juga menawarkan ujian diagnostik molekul untuk penyakit genetik, ujian farmakogenetik dan juga ujian genetik kanser. UMBI akan meneruskan usaha mencari penyelesaian kepada pelbagai penyakit dengan pendekatan personalised medicine dan genomics medicine, sesuai dengan peranan UKM sebagai pendaulat amanah negara khususnya dalam aspek penyelidikan perubatan.

umbiumbi2umbi3umbi4

Institut Kejuruteraan Mikro & Nanoelektronik (IMEN) ditubuhkan pada bulan November 2002.
Institut ini merupakan inisiatif yang strategik untuk melanjutkan penyelidikan pelbagai disiplin pada Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik dan menjadi pusat rujukan negara dalam bidang berkenaan. IMEN  juga membangunkan teknologi dan sistem untuk aplikasi strategik.Sejarah penubuhan IMEN dirangka seperti berikut di Rajah 1:

Rajah 1 : Sejarah Penubuhan IMEN

imen

Penyelidikan di IMEN adalah multidisiplin yang tidak ditawarkan di mana-mana fakulti. IMEN sentiasa memacu ke hadapan dengan penyelidikan berorientasikan teknologi. Semua bidang yang diterajui oleh IMEN terangkum dalam lima (5) kelompok utama iaitu, MEMS/NEMS dan Nanoelektronik, Elektronik oraganik dan cetakan, Nanofotonik, Pakej mikroektronik dan nanobahan, Sistem mikro/nanoelektronik.

Sehingga kini IMEN telah mengeluarkan 42 PhD dan 44 MSc sejak penubuhannya pada Nov 2002. Graduan IMEN adalah dengan identiti tersendiri dalam disiplin kejuruteraan mikro dan nanoelektronik. Mereka telah diterima bekerja di pusat penyelidikan dan universiti di dalam dan luar negara. Secara umum pencapaian IMEN adalah seperti di Rajah 2.

IMEN telah diberi pengiktirafan sebagai NanoCOE oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 2011, dengan fokus penyelidikan NEMS untuk bioperubtan. Pada tahun 2014, IMEN telah mendapat penarafan HiCOE oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Nic penyedidikan MEMS untuk biopeurbatan dan fokus kepada MEMS dalan buah pinggang tiruan. Pada tahun 2015, IMEN telah terpilih untuk mengetuai salah satu program NanoMalaysia Inovative Technology (NanoMITe), iaitu electronic devices and system.

Rajah 2: Pencapaian IMEN

imen2

Aktiviti penyelidikan di IMEN telah mempunyai hubungan dengan lebih dari 18 buah negara. Ini telah menjadikan Malaysia, khususnya UKM dikenali diperingkat antarabangsa dalam bidang MEMS dan nanoelektronik atau nanoteknologi.IMEN sejak dahulu telah menjadi penganjur kepada aktiviti Institusion of Electrical and Electronics Engineer(IEEE) khususnya IEEE Interantional Conference on Semiconductor Electronics(ICSE) yang menjadikan IMEN dikenali di peringkat antarabangsa dalam bidang teknologi tinggi.

Keadaan sedia ada dengan IMEN mempunyai program siswazah kejuruteraan mikro dan nanoelektronik telah diterima dengan baik dan dikenali di seluruh dunia untuk mencapai tempat melakukan penyelidikan seterusnya pengajian ijazah dalam bidang kejuruteraan mikro dan nanoelektronik. IMEN juga mempunyai kerjasama dengan Griffith University Australia dan telah melahirkan satu graduan PhD. FEMTO-ST Prancis telah bersetuju untuk mewujudkan program dwiijazah dan bekerjasama dalam penyelidikan mikro dan nanoteknologi.

National Chao Tung University (NCTU), Taiwan dan IMEN telah mewujudkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan bersama di NCTU Taiwan. Japan Advanced Institute of Technology (JAIST) telah membuka satelite office di IMEN untuk projek penyelidikan Graphene. Seoul National University (SNU), Korea dan Kyungpook University (KNU) Korea telah lama mengadakan seminar bersama dalam nanoteknologi dengan IMEN di Korea dan Malaysia. Hubungan IMEN dengan Lembaga Ilmu Pengetahuan Indoensia (LIPI), Indonesia dengan aktiviti seminar bersama telah menjadikan IMEN dikenali dalam masyarakat nanoteknologi Indonesia.

Pemilihan IMEN sebagai NanoCOE di bawah MOSTI dan HiCOE di bawah KPM telah menjadi UKM ulung dalam bidang MEMS dan nanoelektronik. Aktiviti IMEN dengan hubungan antarabangsa telah menjadikan UKM dikenali diperingkat antarabangsa. IMEN sering dicari oleh syarikat elektronik untuk bekerjasama atau dirujuk untuk tujuan pemindahan teknologi. Diantaranya, IMEN dengan Telekom Research and Development (TM R&D) sehingga menempatkan sebahagain makmalnya di IMEN sehingga 2014, JABIL Electronics, EFGO Scientific Sdn. Bhd dan sebagainya.Ceramah kesedaran umum tentang impak nanoteknologi di dalam kehidupan di Sekolah dan guru-guru.

Style Switcher

Layout options
Header options
Accent Color Examples
Background Examples (boxed-only)
View all options →