Ringkasan Nic Penyelidikan UKM

Agenda penyelidikan UKM membantu Negara dan dunia ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju terus disemarakkan melalui aspirasi Nic Penyelidikan UKM. Penyelidikan di UKM ditunjangi oleh 12 nic penyelidikan yang terhasil daripada kekuatan bidang yang dikenal pasti mampu menggembleng kekuatan kepakaran sedia ada, mencakupi kepelbagaian ilmu, multidisiplin dan pewujudan bidang baru. Nic penyelidikan UKM adalah seperti berikut:

Pendidikan dan Peradaban

Pendidikan sebgai proses dalam membentuk modal insan berilmu dan beradab. Modal insan sebagai produk berupaya melangsungkan peradaban yang gemilang. Peradaban pula sebgai produk sistem sosial yang mendokong nilai-nilai murni dalam kehidupan. Peradab sebgai proses memberi dasar ilmu kepada pendidikan generasi seterusnya. Nic PP bertekad mengintegrasikan ilmu dan pelbagai pebndekatan ke arah kelansungan peradaban yang kompetitif.

Pengerusi Nic

DEKAN FSSK
Prof. Dr. Lilia Halim

Alamat

d/a Fakulti Pendidikan (FPend)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor.

Tel: +603 8921 6231
Fax: +603 8925 4372
lilia@ukm.edu.my

Laman web:http://www.ukm.my/peradaban/

Pengerusi Nic

DEKAN FSSK
Prof. Dr. Sharifah Mastura Syed Abdullah

Perubahan Iklim

Nic Perubahan Iklim telah ditubuhkan di Universiti Kebangsaan Malaysia sejajar dengan saranan Dasar Kebangsaan Malaysia 2009 yang menekankan tentang keseimbangan adaptasi dan penebatan dalam menangani perubahan iklim global. Pendorong perubahan iklim serta asas keilmuan saintifiknya perlu difahami dan diterapkan dalam perancangan pembangunan negara. Punca utama pelepasan karbon di Malaysia adalah daripada aktiviti pengangkutan, pembinaan, pembersihan tapak dan pemprosesan, di samping pelepasan dari industri tenaga dan pembuatan, manakala perubahan guna tanah hutan juga telah meningkat berlipat ganda. Malaysia telah komited untuk mengurangkan emisi gas rumah hijau sehingga 35 juta metrik tan menjelang tahun 2020 bagi memelihara alam sekitar. Oleh itu, keutamaan nic ini adalah untuk menjalankan pelbagai penyelidikan multidisiplin untuk menjamin agar hasrat kerajaan ini dapat dicapai. Pendekatan nic ini yang bersifat holistik bertujuan untuk memberikan hasil yang terbaik buat Malaysia dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa untuk mengurangkan emisi gas rumah hijau, sambil menangani impak perubahan iklim di masa akan datang, demi menjamin kesejahteraan manusia.

Objektif utama Nic Perubahan Iklim UKM adalah untuk menumpukan perhatian kepada penyelidikan, pengajaran dan perundingan dalam aspek-aspek sains dan perundangan, perubahan iklim. Selain itu, nic juga merangkumi isu-isu berkaitan perjanjian bilateral dan multi-lateral, keselamatan, perancangan, undang-undang antarabangsa, instrumen ekonomi dan teknologi hijau. Aspek lain yang di beri perhatian termasuklah penyelidikan ke arah pengurangan emisi karbon, polisi awam, advokasi, kesedaran dan pendidikan awam. Melalui penyelidikan, pengajaran dan perundingan dalam bidang ini, maka diharapkan semoga Nic Perubahan Iklim ini dapat dijadikan sebagai pusat rujukan di dalam dan di luar negara berhubung hal-hal perubahan iklim.

Alamat

d/a Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan (FSSK)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor.

Tel: +603 8921 5354
Fax: +603 8925 3826
pghikp@ukm.edu.my

Laman web: http://www.ukm.my/nicpi/

Ekonomi, Kewangan dan Perniagaan

EKP menyokong aktiviti kesarjanaan yang berimpak tinggi dalam ilmu dan relevan kepada penggubalan dasar kerajaan dan organisasi selain untuk memudahcara kerjasama penyelidikan silang yang berpotensi meneroka ruang ilmu yang baharu. Nic EKP juga memangkin penonjolan tokoh ilmuan dan pakar rujuk dalam bidang ekonomi, kewangan dan perniagaan.

Objektif Penubuhan:

  • Menyokong aktiviti kesarjanaan yang berimpak tinggi dalam ilmu dan relevan kepada penggubalan dasar kerajaan dan organisasi.
  • Memudahcara kerjasama penyelidikan silang yang berpotensi meneroka ruang ilmu yang baharu.
  • Memangkin penonjolan tokoh ilmuan dan pakar rujuk dalam bidang ekonomi, kewangan dan perniagaan.

Pengerusi Nic

DEKAN FSSK
Prof. Dr. Nor Ghani Mohd. Nor

Alamat

d/a Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor.

Tel: +603 8921 5360
Fax: +603 8925 xxxx
norghani@ukm.edu.my

Laman web: http://www.ukm.my/nicekp/

Pengerusi Nic

DEKAN FSSK
Prof. Dr. Rashila Ramli

Politik dan Keselamatan

Nic Politik dan Keselamatan terbahagi kepada 4 kelompok penyelidikan iaitu kajian pendemokrasian, kajian wacana keselamatan, kajian wacana perundingan dan perhubungan antarabangsa dan kajian undang-undang dan penyelesaian pertikaian. Pendemokrasian adalah satu proses yang dilalui oleh negara dan masyarakat baik yang mengamalkan sistem perwakilan ataupun sebaliknya. Kelompok Keselamatan memberi tumpuan kepada keselamatan tradisional dan keselamatan bukan tradisional (keselamatan insan). Keselamatan Tradisional adalah bidang ilmu yang berkaitan dengan keselamatan dari perkspektif negara dan melibatkan isu sempadan dan pertahanan negara. Kelompok wacana perundingan memberi penekanan kepada wacana (teks dan lisan) yang diketengahkan oleh aktor di arena antarabangsa dan nasional dalam proses rundingan. Manakala kelompok kajian undang-undang dan penyelesaian pertikaian menjurus kepada isu pengawalseliaan dan penyelesaian pertikaian dengan menggunakan undang-undang sebagai landasan.

Objektif Penubuhan:

  • Memperkasa Kesepaduan Sosial Dalam Kepelbagaian Budaya dan Agama,
  • Mengukuhkan Peranan Sejarah Sosial dan Kewujudan Dunia Melayu,
  • Memantapkan Komunikasi, Identiti Nasional dan Kesetaraan Gender.

Alamat

d/a Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor.

Tel: +603 8921 3949
Fax: +603 8921 xxxx
rashila@ukm.edu.my

Laman web: http://www.ukm.my/nicpk/

Transformasi Luar Bandar

Nic TLB bergerak untuk meningkatkan keupayaan penyelidikan bagi menghuraikan permasalahan dan membangunkan sumber pertumbuhan baru bagi masyarakat luar bandar dan terpinggir. Nic TLB berusaha untuk membangunkan penyelidikan yang akan memperkukuh dan memperkasakan masyarakat luar bandar untuk mengubah kehidupan dan meningkatkan kesejahteraan mereka. Di samping untuk mengenalpasti dan membangunkan sumber baru pertumbuhan bagi masyarakat luar bandar di peringkat peralihan. Selain itu, Nic TLB juga memfokuskan untuk Membangunkan masyarakat yang terpinggir di kawasan luar bandar (terutamanya masyarakat orang asli) dan juga pembangunan luar bandar berasaskan kawasan.

Objektif Penubuhan:

    • Membangunkan penyelidikan yang akan memperkukuh dan memperkasakan masyarakat luar bandar untuk mengubah kehidupan dan meningkatkan kesejahteraan mereka
    • Mengenalpasti dan membangunkan sumber baru pertumbuhan bagi masyarakat luar bandar di peringkat peralihan;
    • Membangunkan masyarakat yang terpinggir di kawasan luar bandar (terutamanya masyarakat orang asli); dan
    • Membangunkan pembangunan luar bandar berasaskan kawasan.

    Kelompok 1: Sumber Pertumbuhan Baru.
    Kelompok 2: Pembangunan Kawasan Setempat (In’Situ).
    Kelompok 3: Masyarakat Terpinggir.

    Pengerusi Nic

    DEKAN FSSK
    Prof. Madya Dr. Madeline Berma

    Alamat

    d/a Fakulti Ekonomi & Pengurusan
    Universiti Kebangsaan Malaysia
    43600 Bangi, Selangor.

    Tel: +603 8921 5766
    Fax: +603 8925 xxxx
    mac@km.edu.my

    Laman web: http://www.ukm.my/nictlb/

    Pengerusi Nic

    DEKAN FSSK
    Prof. Ulung Dato’ Dr. Shamsul Amri Baharuddin

    Negara Bangsa

    Penggiat multibudaya melihat Malaysia sebagai Negara yang perlu diberi perhatian. Sebagai sebuah Negara yang multietnik, Malaysia muncul sebagai contoh yang baik dalam menggalak perubahan struktur kepada pelbagai aspek kehidupan dari pendidikan ke bidang ekonomi sehingga ke integrasi sosial. Dasar Malaysia yang multibudaya ini mengiktiraf dan membenar rakyatnya yang berbilang kaum untuk menyambut perayaan dan mengekal budaya serta identiti masing-masing dan ini merupakan salah satu cara untuk menggalak perpaduan sosial.

    UKM mempunyai penyelidik tersohor yang mampu membincang isu terkini tentang kesarjanaan dan membuat penilaian tentang multibudaya masa kini. Penyelidikan dalam nic ini mampu membantu Malaysia mencarta program akan datang yang berkaitan dengan kefahaman dan analisis isu etnik dan pembangunan negara. Antara topik yang terkandung adalah warisan era kolonialisma serta kesannya kepada politik etnik dan pembangunan negara, dasar am (ekonomi, pendidikan, bahasa, budaya dan perundangan) yang mampu menggalakkan atau menghambat keharmonian multietnik, hak rakyat dalam masyarakat multietnik dan pemikiran semula negara dalam era kontemporari.

    Alamat

    d/a Institut Kajian Etnik (KITA)
    Universiti Kebangsaan Malaysia
    43600 Bangi, Selangor.

    Tel: +603 8921 4641
    Fax: +603 8921 5461
    pghkita@ukm.edu.my

    Laman web: http://www.ukm.my/nicnb/

    Tenaga Keterbaharuan

    Penggunaan sumber tenaga keterbaharuan seperti bahan api fosil mendatangkan banyak kesan sampingan. Produk pembakaran bahan api fosil ini menghasilkan pencemaran, hujan asid, dan pemanasan sejagat. Pertukaran kepada sumber tenaga yang bersih seperti tenaga keterbaharuan membolehkan dunia untuk meningkatkan lagi kualiti kehidupan bukan hanya untuk manusia tetapi juga untuk haiwan dan tumbuhan. Justeru, terdapat keperluan untuk membangunkan sistem tenaga keterbaharuan dan mengguna sistem ini sebagai pengganti kepada penggunaan bahan api fosil.

    Nic Tenaga Keterbaharuan menjalan penyelidikan multidisiplin rentas fakulti yang membawa bersama penyelidik dari disiplin yang berbeza seperti jurutera, arkitek, saintis, teknologis, pendidik, ahli ekonomi, saintis sosial dan ahli statistik serta menumpu kepada sistem tenaga keterbaharuan termaju, seni bina tenaga ultra rendah dan ekosistem perbandaran, bahan lestari, analisis dan penilaian sumber tenaga keterbaharuan, peningkatan pasaran, teknologi tenaga keterbaharuan, dan kajian sosioekonomi dan dasar.

    Penyelidik dalam tenaga solar adalah terlibat aktif dengan komuniti, membawa produk penyelidikan mereka kepada komuniti: contohnya keelektrikan solar dan projek telekomunikasi kepada komuniti Orang Asli yang terpencil di Perak. Penyelidik tenaga keterbaharuan mampu menjana dana yang besar, membentuk jaringan kerjasama dengan penyelidik tersohor dalam disiplin mereka, menerbit dalam jurnal bereputasi dan juga memfail paten.

    Pengerusi Nic

    DEKAN FSSK
    Prof. Dato’ Dr. Kamaruzzaman Sopian

    Alamat

    d/a Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)
    Universiti Kebangsaan Malaysia
    43600 Bangi, Selangor.

    Tel: +603 8921 4592
    Fax: +603 8921 4593
    ksopian@vlsi.eng.ukm.my

    Laman web: http://www.ukm.my/nictk/

    Pengerusi Nic

    DEKAN FSSK
    Prof. Dr. Abdul Razak Hamdan

    ICT: Informatik Isian

    Capaian maklumat berasaskan kandungan terutamanya capaian imej berasas kandungan merupa salah satu bidang penyelidikan yang terkehadapan dalam bidang visi komputer sejak 10 tahun kebelakangan. Data visual dan multimedia yang banyak dan tumbuh dengan pesatnya serta pembangunan Internet menggaris bawahi keperluan mencipta kaedah capaian tematik yang menawar lebih daripada hanya teks berasakan kueri mudah atau berasaskan permintaan memadan medan pangkalan data yang tepat. Banyak program dan peralatan dibangun untuk memformulasi dan melaksana kueri berasaskan visual atau kandungan audio dan membantu mengimbas repositori multimedia yang besar. Bagaimanapun belum ada pencapaian umum yang besar dicapai berkaitan dengan pelbagai pangkalan data besar yang mengandungi pelbagai dokumen dengan berbagai-bagai ciri.

    Dalam bidang perubatan, imej dan terutamanya imej digital dihasil dalam jumlah yang banyak dan diguna untuk mendiagnos dan terapi. Penyelidikan dalam informatikberasakan kandungan, diterajui oleh dua buah fakulti iaitu Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat dan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Kerja memfokus kepada aplikasi multimedia dalam pendidikan, sistem pintar, kecerdasan buatan, pemprosesan isyarat, komunikasi dan sibernetik dan produk dan kejuruteraan perkhidmatan.

    Alamat

    d/a Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM)
    Universiti Kebangsaan Malaysia
    43600 Bangi, Selangor.

    Tel: +603 8921 6172
    Fax: +603 8925 6732
    arh@ukm.edu.my

    Laman
    web: http://www.ftsm.ukm.my/nicheict/

    Teknologi Kesihatan dan Perubatan

    Era terkini menawar janji untuk memboleh penyelidikan perubatan berkembang maju berbanding dengan sebelumnya. Pengurangan beban penyakit secara morbidii dan mortaliti kekal menjadi fokus penyelidikan perubatan UKM; terutamanya pencegahan penyakit yang mengancam nyawa seperti kanser. Antara tindakan penyelidikan termasuklah memahami penyebab asas kepada penyakit yang mengancam nyawa dan mengguna penyelidikan untuk membangun rawatan atau langkah pencegahan bagi mengurangi impak penyakit. Tambahan pula, penyelidikan semasa dan topikal yang dijalankan di UKM turut memasuk program pembangunan bioteknologi yang mampu mencipta kekayaaan.

    UKM menerajui dalam bidang seperti perubatan penuaan, terutamanya kejuruteraan tisu, perubatan molekular dan kejuruteraan bioperubatan. Kejayaan dalam bidang ini dicapai melalui pendekatan multi dan rentas disiplin dengan kerjasama daripada Fakulti Sains dan teknologi, Fakulti Sains dan Kesihatan Bersekutu dan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina.

    Pengerusi Nic

    DEKAN FSSK
    Prof. Dato’ Dr. A. Rahman A. Jamal

    Alamat

    d/a Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)
    Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
    56000 Cheras, Selangor.

    Tel: +603 9171 8459
    Fax: +603 9171 7185

    rahmaj@ppukm.ukm.edu.my

    Laman web: http://www.ukm.my/nictkp/

    Pengerusi Nic

    inbiosis
    Prof. Dr. Ismanizan Ismail

    Kepelbagaian Biologi dalam Pembangunan Bioteknologi

    Kepelbagaian biologi Malaysia terdiri daripada ekosistem tropika yang kaya dan unik serta tersedia untuk dieksploitasi. Aset yang berharga ini perlu diterokai dan dipulihara untuk penemuan gen dan biomolekul baru. Kemajuan bioteknologi dan penggunaan pendekatan biologi sistem telah menyediakan alatan dan kaedah yang cekap dalam penemuan pengetahuan baru untuk hasil biologi yang berpotensi dan tanpa had. Hasil biologi ini akan digunakan/dieksploitasi ke arah penjanaan kekayaan ekonomi dan kesejahteraan hidup masyarakat yang merupakan misi yang akan ditangani oleh Nic Kepelbagaian Biologi dalam Pembangunan Bioteknologi.

    Alamat

    d/a Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)
    Universiti Kebangsaan Malaysia
    43600 Bangi, Selangor.

    Tel: +603 8921 4546
    Fax: +603 8921 338

    maniz@ukm.edu.my

    Laman web: http://www.ukm.my/nickpb/

    Pembangunan Lestari Wilayah

    Malaysia mengalami perubahan yang pesat dalam bidang ekonomi, sosial dan alam sekitar sejak lima abad kebelakangan dan proses tersebut bakal berterusan menjelang tahun 2020. Kemajuan yang pesat ini secara tidak langsung akan menjejaskan kesihatan alam sekitar lantaran penggunaan sumber alam semulajadi yang berlebihan dan tidak terkawal. Maka adalah penting untuk mengimbangi pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar di samping membantu perkembangan ekonomi. Pembangunan yang menyeluruh dan bersepadu ini dikenali sebagai pembangunan lestari. Melalui penerapan konsep pembangunan lestari, ia dapat membantu mencapai pelbagai matlamat pembangunan negara yang disarankan oleh Perdana Menteri Malaysia, termasuk perlaksanaan konsep 1 Malaysia serta Model Ekonomi Baru yang berhasrat meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui penjanaan pendapatan tinggi, memastikan keterangkuman dan kelestarian.

    Dengan menyedari kepentingan pembangunan lestari, UKM telah membangunkan Nic Pembangunan Lestari Wilayah (PLW) sebagai satu bidang penyelidikan yang bersifat multi dan inter-disiplin untuk menerajui ilmu kelestarian. Penyelidik-penyelidik di bawah Nic PLW berhasrat memberi input melalui penjanaan ilmu daripada aktiviti penyelidikan lantas membina kekuatan penyelidikan dan pembinaan keupayaan menuju ke arah yang lebih mantap. Hasil penyelidikan juga disebarkan, sama ada secara formal atau tidak formal, kepada pihak-pihak berkepentingan seperti pembuat dasar dan keputusan, kerajaan, pihak swasta dan masyarakat umum.

    Pengerusi Nic

    DEKAN FSSK
    Prof. Dr. Mohd Raihan Taha

    Alamat

    d/a Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
    Universiti Kebangsaan Malaysia
    43600 Bangi, Selangor.

    Tel: +603 8921 4144
    Fax: +603 8925 5104
    pghlestari@ukm.edu.my

    Laman Web: http://ww.ukm.my/plw/

    Pengerusi Nic

    DEKAN FSSK
    Prof. Dato’ Dr. Burhanuddin Yeop Majlis

    Nanoteknologi dan Bahan Termaju

    Bidang nic ini mewakili penyelidikan yang tersohor di UKM diterajui oleh Institut Mikroelektronik dan Kejuruteraan nano (IMEN) dan juga penyelidik dari Fakulti Sains dan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. IMEN membentuk kerjasama penyelidikan strategik dengan rakan kongsi terkemukar dari Korea selatan, dan juga menerajui dalam MEMA dan nanoelektronik, fotonik, semikonduktor dan kejuruteraan nano.

    Dalam bahan termaju, penyelidik UKM menerima anugerah dalam biopolimer dan komposit, polimer terbiodegradasi, komposit polimer kayu, biosurfactants, bahan magnetik, bioseramik dan penggantian tulang, komposit gentian asli yang novel dalam aplikasi automotif dan struktural selain daripada bahan tenaga dan komposit aloi ringan. Dalam pemprosesan hiliran, kaedah pengeluaran termaju seperti lean dan pembuatan hijau (green manufacturing), kejuruteraan sejajar (concurrent) dan penaksiran kitar hayat adalah menonjol. Dalam Sains Angkasa, penyelidik UKM mengungguli dalam telekomunikasi dan kejuruteraan satelit.

    Alamat

    d/a Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektrik (IMEN)
    Universiti Kebangsaan Malaysia
    43600 Bangi, Selangor.

    Tel: +603 8926 5861
    Fax: +603 8925 0439
    burhan@vlsi.eng.ukm.my

    Laman
    web: http://www.ukm.my/nanotechnology/

    Style Switcher

    Layout options
    Header options
    Accent Color Examples
    Background Examples (boxed-only)
    View all options →