Entiti Di Bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Hal-Ehwal Penyelidikan Dan Inovasi)

bg-orenge Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) ditubuhkan bertujuan untuk mencapai matlamat seperti berikut:

  • Mempastikan supaya penyelarasan dan pemantauan kewangan penyelidikan yang kemas dan sistematik serta cekap bagi memudahkan para penyelidik dan pihak pengurusan dalam urusan kewangan.
  • Mempastikan penyebaran maklumat berkaitan dengan penyelidikan dijalankan dengan baik dan berkesan sesuai dengan fungsi PPP sebagai sumber maklumat bukan sahaja kepada penyelidik- penyelidik malahan kepada masyarakat luar sama ada dalam atau luar negara mengenai hasil penyelidikan serta perkhidmatan kepakaran yang ada di Universiti.
  • Meningkatkan reputasi UKM sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang berkualiti dan cekap dalam menguruskan kegiatan yang berkaitan dengan penyelidikan dan persidangan di UKM.
  • Membantu penjanaan dana yang lebih tinggi yang diperolehi dari pelbagai sumber sama ada dari dalam atau luar negara.
  • Memperkukuhkan serta menguruskan urusan penyelidikan dengan lebih teratur, cekap dan sistematik.
  • Menjadikan UKM terkehadapan dalam pengurusan penyelidikan di Malaysia.
  • Meningkatkan lagi penyebaran maklumat penyelidikan di dalam dan luar negara.

Website : http://research.ukm.my
Email : drmc@ukm.edu.my
Phone : 03-8921 3184

bg-orenge Pusat Inovatif Kolaboratif (PIK)

PIK ialah pejabat pemindahan teknologi UKM. Objektif penubuhan (tahun 2010) ialah untuk memangkinkan inovasi dan menjana nilai dari harta intelek yang dihasilkan dari penyelidikan bagi menyokong KRA 2 dan KRA 5 UKM iaitu menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi serta penjanaan kekayaan secara optimum dan strategik. Fungsi utama penubuhan PIK adalah menguruskan harta intelek dan pemindahan teknologi yang mana melibatkan kolaborasi dengan fakulti/institut di UKM serta lain-lain organisasi luar UKM.

Terdapat tiga (3) bahagian utama di PIK iaitu:
i. Pengurusan Korporat.
ii. Pengurusan Harta Intelek; dan
iii. Pemindahan Teknologi.

Visi PIK adalah menjadi pusat inovasi dan pemindahan teknologi yang terkehadapan dalam negara.

Misi PIK adalah mempertingkatkan budaya inovasi di UKM serta mempromosi pemindahan teknologi dan inovasi yang telah dibangunkan di UKM bagi manfaat kepada masyarakat; dan membangunkan perniagaan baru hasil dari penyelidikan dan inovasi teknologi yang memberi nilai kepada ekonomi.

PIK berperanan dalam pengurusan harta intelek dan pembangunan perniagaan berasaskan inovasi dan teknologi UKM iaitu;

  • Mempromosikan kolaborasi di antara UKM dengan pakar luaran dan rakan industri di dalam urusan pembinaan kapasiti, pengurusan harta intelek, pemindahan teknologi dan pengkomersilan;
  • Menyediakan kaedah dan modus-operandi yang proaktif dan inovatif dalam Pemadanan Perniagaan (Business Matching) dengan rakan industri;
  • Menyediakan sumber kepakaran secara kolaboratif bagi proses saringan harta intelek/teknologi (Technology Screening);
  • Menyediakan Dana Inovasi (Pre-Seed Funding) untuk tujuan pembangunan produk dan pembinaan protatotaip (pra-pengkomersilan); dan
  • Membangunkan perniagaan baru bagi pengkomersilan melalui pelesenan teknologi, syarikat terbitan universiti (STU), usahasama (joint-venture) dan pakatan strategik (strategic alliances).

Website : http://www.ukm.my/pik/
Email : pghinovasi@ukm.edu.my
Phone : 03-8921 4876

kamal

Prof. Dr. Kamal Halili Hassan

Pengerusi PENERBIT UKM

Website : http://www.ukm.my/penerbit/
Email : penerbit@ukm.my
Phone : 03-8921 3138

bg-orenge Penerbit UKM

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia adalah imprin penerbitan ilmiah universiti yang diletak di bawah Pejabat Canselori. Penerbit UKM ditadbir oleh Jawatankuasa Penerbitan Universiti yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi. Pada masa ini Penerbit UKM diketuai oleh seorang Pengerusi yang bertanggungjawab kepada Naib Canselor dan juga Pengerusi Sidang Pengarang Universiti. Tugas Sidang Pengarang Universiti memutuskan sama ada sesebuah manuskrip mempunyai mutu isi dan ilmiah yang sesuai untuk diterbitkan. Jawatankuasa penerbitan telah ditubuhkan pada tahun 1970 dan dalam mesyuarat pada bulan Januari 1971 telah ditetapkan bahawa segala penerbitan ilmiah/akademik dalam bentuk buku, jurnal dan sebagainya yang diusahakan dalam universiti hendaklah disalurkan melalui Sidang Pengarang Universiti. Sejak tahun 1989 Naib Canselor secara rasmi melantik anggota Sidang Pengarang dan juga ketua-ketua penyunting jurnal universiti.

Style Switcher

Layout options
Header options
Accent Color Examples
Background Examples (boxed-only)
View all options →