Penyelidikan dan inovasi menyokong kepada bidang Keberhasilan Utama Universiti (KRA 2). KRA 2 menyatakan bahawa “Kepakaran dan hasil penyelidikan UKM menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi dan sosial melalui ekosistem yang dapat memupuk penemuan intelek, inovasi, penyebaran dan penggunaan ilmu”.
Tiga (3) sub keberhasilan utama KRA 2 ialah:
1.Kesarjanaan yang diiktiraf
UKM memupuk, menghasil, menarik dan mengekalkan individu dan pasukan sarjana yang tersohor, memacu penyelidikan dan menawarkan penyelesaian berimpak tinggi untuk negara, industri dan masyarakat
2. Penghasilan dan sumbangan penyelidikan
UKM menjana ilmu baru dan menawarkan penyelesaian unik dan berdaya saing serta menjadi rujukan dalam kalangan ilmuwan, industri, komuniti dan pihak berkepentingan yang lain.
3. Pembangunan modal insan
UKM menghasilkan penyelidik yang mempunyai kepakaran dan beretika yang menyumbang kepada proses pengembangan, pengaplikasian ilmu dan inovasi bernilai tinggi.