Makmal Alami UKM merupakan pusat penyelidikan yang mempunyai tujuan khusus sesuai dengan lokalitinya. UKM kini mempunyai lima (5) makmal alami diseluruh negara:
Penyelidikan yang dijalankan oleh PPL adalah bersifat inter, trans dan multidisiplin, serta mempelopori pendekatan pembangunan lestari untuk pelancongan Langkawi, di mana hasilnya diguna pakai oleh agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan sumber tabii berdaya tinggi untuk pelancongan. PPL juga kian menjadi tarikan pelancongan itu sendiri melalui penganjuran pelbagai program latihan dan kesedaran alam sekitar serta aktiviti pemuliharaan eksitu, yang didokong oleh empat (4) program penyelidikan dibawahnya seperti berikut:
- Program Sumber Geologi dan Landskap
- Program Sumber Biologi dan Marin
- Program Budaya dan Tradisi Setempat
- Program Kesihatan Persekitaran
PPL telah merintis penyelidikan berkenaan warisan sumber yang ada di Langkawi serta di seluruh Malaysia sejak penubuhan UKM lagi. Bermula dengan penyelidikan secara bersendirian atau dalam kumpulan sama bidang, kini penyelidik UKM telah berjaya disatukan untuk melakukan kajian multidisiplin sehingga tertubuhnya Pusat Penyelidikan Langkawi. Dengan terbinanya kompleks baru yang dikenali dengan nama Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, PPL bergerak dengan harapan yang tinggi untuk terus mengekal dan memulihara warisan tropikal secara pembangunan lestari. Sumber warisan yang ada perlu dibangunkan dengan baik untuk membolehkan masyarakat sekitar peroleh dimanfaatkan melalui aktiviti pelancongan. Kejayaan Langkawi Geopark meningkatkan sumber ekonomi masyarakat tanpa kesan kerosakan persekitaran perlu dicontohi oleh tempat-tempat lain di Malaysia. Untuk itu, perhubungan strategik dan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak berkepentingan perlu di terokai dengan meluas oleh PPL. PPL yakin dengan Bidang Keberhasilan Utama yang digariskan oleh universiti akan membantu dan memperteguhkan PPL untuk terus berkhidmat untuk masyarakat dan negara.
Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC)
Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah ditubuhkan di Tasik Chini pada 2004, dan dengan adanya pusat penyelidkan di tapak itu telah menguatkan penamaan kawasan itu sebagai tapak UNESCO BR. Kini, PPTC yang merupakan Pusat Cemerlang diFakulti Sains dan Teknologi serta Kerajaan Negeri Pahang sedang giat memulihara Tasik Chini dan kawasan-kawasan benchah (wetlands) disekitarannya bagi mendukong kosep-konsep Rizab Biosfera.
Ini melibatkan usaha gigih dan bersepadu daripada pakar pelbagai bidang saperti persekitaran, botani, zoologi, hidrologi, microbiologi , klimatologi, kejuruteraan persekitaran, alam bina, kesihatan (perubatan dan pergigian kesihatan), ekonomi, saikologi, bioteknologi, pelancongan dan sukan air. Penyelidikan bersifat multidisciplin dan berintegrasi ini telah menjalinkan pelbagai usaha bersama dengan agensi2 kerajaan negeri dan perseutuan untuk menjalankan penyelidikan untuk pemuliharan hijau, alam bina hijau, ekonomi dan komuniti hijau yang sensitif mengenai alam sekitar.
Tapak UNESCO Biosphere Reserve (BR) bertujuan untuk mengekalkan warisan dunia dan warisan semulajadi yang mana pihak UNESCO di beri mandat sebagai agensi pengelola didalam sistem United Nation (UN) sebagai koordinator budaya dan alam sekitar didunia bagi mengekalkan keharmonian dan pembangunan lestari. Hampir 40 tahun, World Network of Biosphere Reserve dibawah Program Man and Biosphere (MAB) yang merupakan agensi diperingkat antarabangsa yang memainkan peranan didalam pelaksanaan. Penyelesaian kepada pembangunan lestari dan mengetengahkan isu-isu global seperti kemerosotan biodiversity, pembangunan bandar yang tidak terkawal dan perubahan iklim. Program MAB bersama Konvensyen 1972 dan program utama yang lain di bawah United Nation secara komprehensif, menyeluruh dan penglibatan untuk mengemukakan approach pemuliharaan dan pembangunan secara lestari. Memandangkan ancaman utama kepada tapak rizab biosfera adalah pembangunan yang tidak lestari, ia merupakan strategi pembangunan dimana keseimbangan dengan pemuliharaan perlulah diperkenalkan. Salah satu pencarian penyelesaian kepada pemuliharaan dan pembangunan adalah dengan mengimplikasikan Konvensyen 1972 dan juga garispanduan operasinya selari dengan konvensyen dan program lain termasuk Program Man and Biosphere (MAB).
Sebagai pusat Penyelidikan dalam bidang kajian marin, EKOMAR mempunyai kumpulan penyelidik yang pakar dalam pelbagai bidang untuk menjana idea-idea yang terbaik dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam penyelidikan marin, terutamanya dalam kajian tumpuan yang kawasan, iaitu di Pantai Timur Johor. Pasukan penyelidikan EKOMAR terdiri daripada penyelidik dari universiti-universiti dan agensi-agensi tempatan seperti Direktorat Oseanografi Kebangsaan, Jabatan Perikanan dan Taman Laut Malaysia. Pasukan Penyelidik ini telah membuat rangka kerja penyelidikan bertujuan untuk memelihara dan memulihara sistem marin yang bebas pencemaran dan memberi manfaat kepada masyarakat tempatan khususnya, dan negara amnya.
Untuk mencapai matlamat utama penubuhannya, EKOMAR komited untuk mencapai objektif utama berikut:
- Untuk mengenal pasti flora dan fauna , warisan fizikal dan sosio-budaya, dan mengancam kawasan;
- Mengkaji dan menyediakan inventori ekosistem tempatan, iaitu hutan paya bakau , muara sungai , flora dan fauna di zon pantai laut dan pulau-pulau di perairan Johor timur ;
- Untuk berkhidmat sebagai pusat rujukan untuk kepelbagaian biologi dan pemuliharaan di pantai timur Johor ;
- Untuk menjalankan penyelidikan berdasarkan produk (contohnya , bioteknologi , eko-pelancongan dan akuakultur );
- Untuk mewujudkan rangkaian kerjasama dan mengukuhkan hubungan kerjasama dengan pusat-pusat bersamaan dalam negara dan di luar negara;
- Untuk melindungi ekonomi masyarakat setempat.
- 45 hektar (kawasan penyelidikan)
- 7 ekar (pembangunan infrastruktur)
-Hutan penyelidikan ini mempunyai hutan riparian, lembah dan gunung yang mengandungi pelbagai habitat yang kaya dengan flora dan fauna. Ianya juga melibatkan hutan dara asli montane.
Objektif penubuhan:
- Menjadi platform perkongsian ilmu pengetahuan dan maklumat melalui penyelidikan dan latihan dalam bidang tujahan yang berkaitan.
- Membina jalinan kerjasama strategik dengan institusi lain dan badan-badan yang berkaitan dengan ekosistem tanah tinggi dan penyelidikan yang berkaitan.
- Membangunkan inovasi dalam penyelidikan tanah tinggi dan bidang tujahan yang berkaitan
- Melaksanakan penerbitan ke arah pengkayaan pengetahuan dan kemahiran.
- Memberi perkhidmatan perundingan yang terbaik kepada agensi dan institusi tertentu (Kerajaan Negeri Pahang, Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser, Pejabat Daerah & Tanah Raub, Majlis Daerah Raub, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang) apabila dimohon berbuat demikian.
- Menyediakan khidmat masyarakat yang terbaik kepada komunitiMembangunkan prasarana penyelidikan dan penjanaan ekonomi pusat. setempat dalam pembangunan modal insan terutamanya dalam bidang edupelancongan dan ekopelancongan.
Pusat Penyelidikan Bukit Fraser UKM menawarkan peluang-peluang penyelidikan bagi penyelidikan jangka pendek dan jangka panjang terhadap pelbagai subjek antaranya:-
- Ekosistem pergunungan tinggi
- Nilai ekonomi terhadap flora dan fauna
- Lakuan fauna terrestrial
- Ornitologi & pemerhatian burung
- Hidrologi
- Patologi, Toksikologi dan Epidermiologi
- Geologi dan Geofizik
- Kejuruteraan Sivil
- Pengawalan hakisan dan sedimen
- Bio-Kejuruteraan
Hanya 10 ekar tanah dari keluasan keluasan keseluruhan tanah sebanyak 100 ekar telah digunakan. Pada mulanya pokok yang ditanam dan penyelidikan yang dijalankan hanya berkisar kepada penyelidikan jatropha. Pada tahun 2015, satu lagi tanaman berpotensi iaitu Ficus carica (Pokok Tin) telah di bangunkan di stesyen tersebut. Penyelidikan Ficus carica dijalankan dengan kerjasama syarikat Saf Fa Fig Garden yang membekalkan segala keperluan yang dijalankan. Ficus carica sangat sesuai ditanam di Kuala Pilah kerana ianya memerlukan cuaca panas dan kering. Kuala Pilah merupakan antara tempat terkering di Malaysia dengan taburan hujan terendah.
Satu lagi kajian yang dijalankan ialah kajian Arenga pinnata (Pokok Enau). Pokok Enau merupakan antara pokok yang amat dihargai oleh penduduk negeri sembilan kerana nira dari pokok enau digunakan untuk menghasilkan gula. Ketiga-tiga tumbuhan ini dipilih kerana ianya sangat sesuai untuk dimajukan sebagai bahan api dan pembangunan produk-produk darinya. Kajian tentang ketiga-tiga pokok sangat kurang dilakukan di Malaysia walaupun ianya diakui mempunyai banyak kelebihan.