|
Sistem
Maklum Balas dan Aduan Dalaman adalah suatu sistem pengaduan mengenai penyelewengan
kewangan, rasuah, penyalahgunaan kuasa, pengurusan 'personel' dan hal-hal
lain yang berkaitan dengan perkhidmatan. Contohnya penipuan, pemalsuan
dokumen seperti markah, laporan prestasi, buku rekod perkhidmatan, sijil
kelayakan, membocorkan dokumen rasmi seperti seperti kertas soalan, membuat
tuntutan palsu atau penyalahgunaan kedudukan jawatan untuk kepentingan
peribadi yang bertentangan dengan Peraturan/Kaedah Tatatertib, Pekeliling
dan Akta.
Lembaga Pengarah Universiti dalam mesyuaratnya pada 14 Mac 2000 telah
bersetuju meluluskan sistem seperti yang dinyatakan di dalam surat
Pendaftar Rujukan UKM3.6/224/3 Jld. 6 yang bertarikh
19 Sept. 2000.
Dalam
sistem ini, pihak pentadbiran akan mempastikan
|
|
aduan rahsia dijamin dan diklasifikasikan sebagai Rahsia/Sulit.
|
|
|
aduan
bukan berbentuk hasad dengki tetapi lebih kepada kebaikan dan kepentingan
organisasi. |
|
|
aduan
pembongkaran rahsia besar - akan diberi penghargaan
yang berbentuk sijil. |
|
|
bersikap
jujur oleh semua pihak. |
|
|
keikhlasan
dalam membuat tindakan. |
Dalam setiap aduan perkara-perkara
berikut perlu diambil perhatian.
|
|
Tarikh dan masa. |
|
|
Keikhlasan
dalam membuat aduan. |
|
|
Aduan-aduan
yang tidak disertakan dengan butir-butir pengadu boleh juga diterima
dan tindakan sewajarnya berdasarkan isu melalui emel kepada sad@ukm.my
|
|
|
Semua
pengadu akan dimaklumkan penerimaan aduannya oleh pihak pengurusan
dalam tempoh 24 jam. |
|
Sumbangan
anda amat dihargai untuk meningkatkan kecekapan Universiti
dengan cara memberi maklumbalas kepada pihak pengurusan UKM.
Maklumbalas ini boleh disampaikan melalui laman web:
http://www.ukm.my/sad
atau borang yang diperolehi di Bahagian masing-masing.
Sebarang
cadangan/pandangan sila emel kepada sad@ukm.my
|
|
|
|