Kejohanan Ping Pong MSSD Hulu Langat

          Pada 11 hingga 13 Februari 2013 yang lalu , Pusat PERMATApintar Negara telah menghantar sebanyak 13 orang wakil untuk menyertai Kejohanan Ping Pong MSSD Daerah Hulu Langat, Selangor yang diadakan di SMK Perimbun. Para pemain menyertai hampir kesemua kategori yang dipertandingkan iaitu perseorangan lelaki, perseorangan perempuan, bergu lelaki dan bergu perempuan, setiap kategori juga dibahagikan kepada kategori ‘Open’ dan ‘Bukan Cina’. Seorang cikgu pengiring dan seorang  pengurus pasukan telah mengiringi kami sepanjang kejohanan tersebut.

          Sebelum kejohanan ini berlangsung, sesi pemilihan pemain telah diadakan antara pelajar-pelajar PERMATApintar. Pemilihan ini diketuai oleh bekas pelajar yang juga pernah mewakili PERMATApintar sebelum ini. Setelah dipilih berdasarkan skil dan sebagainya, latihan intensif telah dijalankan petang dan malam selama lebih kurang 2 minggu sebelum kejohanan bermula.

             Hasil titik peluh yang dicurahkan, 3 orang wakil daripada pasukan PERMATApintar telah berjaya mendapat gangsa dalam kategori masing-masing. Muhamad Aizat Tarmizi telah mendapat gangsa dalam acara perseorangan lelaki bawah-18 kategori ‘Bukan Cina’, Nabila Syuhada Kamal Azmy mendapat gangsa dalam perseorangan perempuan bawah-18 kategori ‘Bukan Cina’ serta Nur Afifah Azman mendapat gangsa dalam kategori perseorangan perempuan bawah-15 kategori ‘Bukan Cina’. Para pemain yang lain turut tidak kurang hebatnya apabila masing-masing melangkah sekurang-kurangnya ke peringat kedua. Hasil permainan memberangsangkan yang ditunjukkan juga, Muhamad Aizat Tarmizi serta Nabila Syuhada Kamal Azmy telah dipilah untuk mewakili daerah Hulu Langat ke peringkat Negeri. Hal ini membuktikan pelajar PERMATApintar mampu bersaing dalam acara sukan dan bukannya dalam bidang akademik sahaja.

Laporan disediakan oleh:

Muhamad Aizat bin Mohd Tarmizi

(Wakil Pasukan Ping Pong PERMATApintar)

Pendaftaran Pelajar Baharu 2014

Tahniah kepada pelajar yang telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Program Pendidikan PERMATApintar untuk pengambilan Januari 2014. Pendaftaran adalah pada 20 Januari 2014 (Rujuk Aturcara Majlis Perasmian dan Jadual Aktiviti Minggu Orientasi)

Maklumat pendaftaran pelajar baharu adalah seperti berikut:

Masa

Perkara

8.30 – 11.00 pagi Pendaftaran Pelajar Baharu. Tempat: Dewan Serbaguna, Pusat PERMATApintar Negara, UKM (Sila rujuk ‘PETA LOKASI’ pada menu di atas.)
11.00 – 1.00 tengahari Majlis Pembukaan, Sesi taklimat dan soal jawab
3.00 petang Taklimat asrama.
4.00 petang Pindah masuk asrama.

 

Maklumat berkaitan yuran dan tatacara bayaran yuran dipaparkan pada menu  di bahagian kanan laman web ini.

 

Inspiring Futures, Nurturing Possibilities