BERITA KEJAYAAN PELAJAR KOLEJ PERMATApintar UKM

  • 20th International Robot Olympiad

Tahniah kepada pelajar Kolej PERMATApintar®, Universiti Kebangsaan Malaysia!  Atas kejayaan mendapat Dua Anugerah (Teknikal & Anugerah Khas) bagi kategori Projek Kreatif di Pertandingan Olimpiad Robot Antarabangsa yang ke-20 di De La Salle Santiago Zobel, Muntinlupa City, Manilla – Filipina pada 14-19 Disember 2018.

 

 

  • National Robotic Competition 2018

Tahniah kepada pelajar Kolej PERMATApintar®, Universiti Kebangsaan Malaysia! Tiga buah pasukan yang terdiri daripada 9 orang pelajar Kolej PERMATApintar®, Universiti Kebangsaan Malaysia telah memperoleh tempat ke-2 dan Anugerah Pembentangan Terbaik bagi Kategori Terbuka Sekolah Menengah Bawah, manakala tempat ke-3, Anugerah Kecemerlangan dan Anugerah Semangat Berpasukan Terbaik bagi Kategori Terbuka Sekolah Menengah Atas. Pertandingan National Robotic Competition (NRC) 2018 diadakan pada 14 – 15 Julai 2018 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pasukan yang memperoleh tempat ke-2 dan Anugerah Pembentangan Terbaik terdiri daripada Loo Qiao Ning, Muhammad Afiq bin Mohamad Ghazaly dan Ahmad Azzam bin Mohamad menerusi projek yang bertajuk “The Peanut Butter Paste”. Objektif projek ini adalah untuk mengurangkan jumlah kebuluran yang sedang berlaku di dunia dengan mengikuti misi “End World Hunger” oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pasukan ini telah mencipta robot menggunakan LEGO MINDSTORMS untuk membantu dalam proses menuai kacang, meletakkan bahan ke dalam mesin membuat mentega kacang dan sistem dalam penghantaran untuk mengelakkan sebarang keracunan makanan.

Pasukan yang terdiri daripada Muhammad Irfan Rahman bin Mohd Khaidzir, Kasyfil Ilhan bin Zakaria dan Nur Addina binti Amiruddin telah memperoleh tempat ke-3 menerusi projek yang bertajuk “The Caregiver”. Projek ini dihasilkan untuk menjaga tanaman kentang bermula dari benih lagi, selain meringankan pekerjaan petani dan memperbaiki teknologi pertanian. Antara sensor yang dipasang pada robot untuk projek ini adalah sensor ultrasonik, sensor suhu dan sensor sentuhan.

Anugerah Kecemerlangan dan Anugerah Semangat Berpasukan Terbaik dimenangi oleh Muhammad Azim bin Abd Latif, Meor Muhammad Naiman bin Meor Mohd Jamil dan Nurul Azrina binti Abdul Halim menerusi “Peanut Butter Project”. Projek ini untuk bertujuan untuk memudahkan proses pembuatan mentega kacang dalam industri agrikultur serta meningkatkan lagi pengambilan nutrisi dalam keperluan pemakanan masyarakat. Projek ini yang berasaskan LEGO MINDSTORMS beroperasi secara automatik dan tidak memerlukan tenaga kerja.

  • INTERNATIONAL ROBOT CONTEST (IRC) 2018

Tahniah! Dua buah pasukan yang terdiri daripada enam (6) orang pelajar Kolej PERMATApintar®, Universiti Kebangsaan Malaysia telah memperoleh tempat pertama bagi kategori Middle School dan tempat ke-5 bagi kategori High School menerusi acara AIR-Sport (Artificial Intelligence Robot Sport) di International Robot Contest (IRC) 2018 pada 11-13 Oktober 2018 di Seoul, Korea Selatan.

Pasukan yang mendapat tempat pertama terdiri daripada Ahmad Aliff bin Yusmar, Hamiezah binti Abdul Hapiz dan Maisarah binti Muhamed Rostam yang telah memenangi ke semua enam (6) perlawanan bagi kategori Middle School. Pasukan yang meraih tempat ke-5 terdiri daripada Muhammad Haikal bin Zainal, Faiz Rahmani bin Md Zaid dan Muhammad Hazim bin Abu Bakar bagi kategori High School.

International Robotics Contest 2018 dianjurkan bersempena dengan festival Robot World 2018 yang bertemakan ‘Smart Industry, Smart Life’. Program ini dianjurkan oleh Korea Association of Robot Industry, Korea Institute for Robot industry Advancement & Institute of Control Robotics and System. Festival tahunan ini dianjurkan dengan kerjasama rakan industri dalam bidang robotik dan pengeluaran dari seluruh Korea Selatan. Pameran- pameran mesin, jentera dan robot menjadi tarikkan utama di samping pameran berkenaan inovasi dan alam robotik. Enam (6) sekolah terpilih untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan ini adalah Kolej PERMATApintar®, UKM, Kolej Vokasional Kuantan, Kolej Vokasional Sepang, Kolej Vokasional Keningau, Sekolah Teknik Johor Baharu dan SMK Raja Mahadi.

  • IIUM ROBOTIC COMPETITION (IRC) 2018

Tahniah! Empat buah pasukan yang terdiri daripada 12 orang pelajar Kolej PERMATApintar®, Universiti Kebangsaan Malaysia telah memperoleh empat (4) pingat emas bagi kategori Creative Project di IIUM Robotic Competition (IRC) 2018 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pasukan yang terdiri daripada Imran Adham bin Azmin, Abid Nukman Hazim bin Nuruddin Kamal dan Dinie Damia Qairany binti Muhammad Fadzril Nur Ikhwan telah memperoleh pingat emas dan dinobatkan johan yang mendapat markah tertinggi bagi kategori Creative Project. Pasukan ini telah berjaya mengenengahkan konsep self-sustained energy dengan menukarkan tenaga kinetik yang boleh didapatkan secara meluas dan banyak daripada sauh kapal di pelabuhan khususnya.

Pasukan yang turut memenangi pingat emas dan menjadi antara 5 pasukan terbaik bagi kategori Creative Project terdiri daripada Muhammad Irfan Rahman bin Mohd Khaidzir, Nur Addina binti Amiruddin dan Azlisam Tsia Kok Tiong dengan mencipta satu mekanisma Smart Street yang mengenengahkan penjimatan tenaga elektrik di jalan raya dengan teknologi sensor atau pengesan yang hanya akan menyalakan lampu hanya apabila ada kenderaan di sesebuah jalan itu. Prototaip pasukan ini juga dilengkapi dengan pengimbas suhu dan kelembapan yang boleh diubahsuai untuk pelbagai kegunaan.

Pasukan yang membentangkan projek yang menggunakan prinsip Faradays Law ini terdiri daripada Idlan Zafran bin Mohd Zaidie, Eryn Natessa binti Effendy dan Nazir Husain bin Ahmad Mustaqim. Prototaip pasukan ini menggunakan mekanisma Footsteps yang menggunakan tenaga pijakkan dari lantai yang akan menghasilkan tenaga elektrik untuk menyalakan lampu di sekeliling kawasan.

Pasukan yang terdiri daripada Adam Farees bin Mohd Jures, Hu Zhi Yi dan Muhammad Adam Solihin bin Mohd Zarufini membentangkan projek yang berkaitan sektor pertanian. Mekanisma projek ini memudahkan pengurusan penanaman, penjagaan dan pemantauan tumbesaran pokok. Innovasi ini menggunapakai sensor, pump dan cahaya untuk mengoptimukan tumbesaran pokok dan tanaman.

  • FIRST LEGO League (FLL) Malaysia 2018

Tahniah ! Sebuah pasukan yang terdiri daripada 11 orang pelajar Kolej PERMATApintar®, Universiti Kebangsaan Malaysia telah memperoleh Anugerah Projek Terbaik bagi Kategori Sekolah Menengah dalam pertandingan FIRST LEGO League (FLL) Malaysia 2018 yang diadakan pada 3 – 4 November 2018 di KDU University College.

Pasukan Kolej PERMATApintar®, UKM berjaya memperoleh Anugerah Pembentangan Terbaik iaitu antara anugerah terbesar dalam pertandingan ini dan pasukan ini terdiri daripada Kasyfil Ilhan bin Zakaria, Harun bin Azhar, Faiz Rahmani bin Md. Zaid, Meor Muhammad Naiman bin Meor Mohd Jamil, Nurul Azrina binti Abdul Halim, Nur Addina binti Amiruddin, Loo Qiao Ning, Haffiz Rafi bin Mohammad Kamarul Shah, Imran Adham bin Azmin, Abid Nukman bin Nuruddin Kamal dan Muhammad Nazmyzal bin Muhammad menerusi projek yang bertajuk Fitoremediasi.

  • Soccerbot Competition, World of Robotics National Championship (WRC) 2018

Tahniah! Tiga buah pasukan yang terdiri daripada 6 orang pelajar Kolej PERMATApintar®, Universiti Kebangsaan Malaysia telah memperoleh tempat ke-2, ke-3 dan ke-4 di Soccerbot Competition, World of Robotics National Championship (WRC) 2018 di Asia Pacific University (APU).

  • (18-20 Mac 2017) 2017 NATIONAL YOUTH AND JUNIOR U20 CHESS CHAMPIONSHIPS, WISMA OCM, KL

Tahniah! Pelajar Kolej PERMATApintar iaitu Muhd Faqih Aminuddin telah mendapat tempat ke-6 dalam Pertandingan Catur ‘National Youth And Junior U20 Chess Championship

  • (18-20 Mac 2017) 8 Trofi dan 151 medal World Scolar Cup (WSC) Nilai 

    Tahniah! 18 pelajar Kolej PERMATApintar telah menyertai pertandingan World Scholar’s Cup Regional Round dan berjaya membawa pulang 8 trofi dan 151 pingat. Semua pelajar juga telah layak ke peringkat Global yang akan diadakan di Hanoi, Vietnam pada hujung bulan Jun.

  •  
    • (16 Mac 2017) Pusat PERMATApintar menduduki tempat kedua terbaik bagi keputusan SPM di Daerah Hulu Langat.

    Seramai 96 pelajar Tahap 2 sesi 2017 telah mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Pusat PERMATApintar. Seramai 18 pelajar mencatatkan keputusan ‘Straight A‘ pada SPM kali ini. Pusat PERMATApintar mencatatkan kedudukan kedua terbaik dalam daerah Hulu Langat. Semoga di tahun-tahun hadapan keputusan yang lebih baik akan diperolehi.

  •  
  • 23-26 Februari 2017) Kejayaan Pelajar Kolej PERMATApintar menyertai pertandingan Nottingham University Model United Nations (NUMUN) 2017 (

Tahniah atas kejayaan Pelajar Kolej PERMATApintar menyertai pertandingan Nottingham University Model United Nations (NUMUN) 2017
Tarikh: 23-26 Februari 2017
Tempat: Nottingham University, Semenyih
Team 1: 8 orang pelajar Program ASASIpintar, UKM mewakili delegate of Brunei
Team 2: 8 orang pelajar Kolej PERMATApintar Negara, UKM mewakili delegate of Singapore

Senarai Pencapaian:
Nottingham University Model United Nations (NUMUN)2017’s achievements
1) Honourable Mention Award – Liyana Ramle (Economic && Social Council)
2) Honourable Mention Award – Haresh Kumararajah (European Union)
3) Verbal Recommendation – Oh Juin Cheun (Human Rights Council)
4) Global Village – 1st place (ASASIpintar)
– 3rd place (Kolej PERMATApintar)
5) Sports Tournament – 2nd place (Elora Azman’s council – Outer Space Affairs)
– 1st place (Syakir Syahrizan’s council – Disarmament and International Security)

  • (17 Februari 2017) Dua pelajar Kolej PERMATApintar iaitu Natalie Sze-Lin Thiagarajah dan Loo Qiao Ning telah memperolehi pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo 2017, KL 

Dua pelajar Kolej PERMATApintar iaitu Natalie Sze-Lin Thiagarajah dan Loo Qiao Ning telah memperolehi pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo 2017, KL. Dalam ekspo ini, pelajar telah membentangkan penyelidikan mereka yang bertajuk ‘Useful Way to Reuse Vitamins’- A New Method to Reduce Waste Products. Pelajar juga telah memperolehi anugerah ‘Best Award’ yang melayakkan pelajar mendapat wang tunai sebanyak RM300. Sekalung tahniah buat pelajar

  • (11 Februari 2017) Pelajar Kolej PERMATApintarMuhd Faqih Aminuddin (Asas 3) telah mendapat kedudukan ke-6 daripada 287 Pertandingan Catur Terbuka Piala Menteri Wilayah Persekutuan Bawah 18 

Pelajar Kolej PERMATApintarMuhd Faqih Aminuddin (Asas 3) telah mendapat kedudukan ke-6 daripada 287 peserta seluruh Malaysia bagi Pertandingan Catur Terbuka Piala Menteri Wilayah Persekutuan Bawah 18 di Putrajaya pada 11 Februari 2017 yang lepas. Tahniah diucapkan kepada pelajar.

  • (21 Januari 2017) World Mathematic Olympiad Malaysia (WMO), Kolej USCI   

Pertandingan ini disertai oleh tiga orang pelajar Kolej PERMATApintar iaitu Ong Jing Kai (5K3), Zoey Zeffrey Azman bin Azman (4K3)  dan  Muhammad Wajihuddin Bin Awisul Islah (3K1). Keputusan pertandingan ialah Zoey Zeffrey Azman bin Azman (4K3)  mendapat pingat perak dan  Muhammad Wajihuddin Bin Awisul Islah (3K1) memperolehi pingat gangsa. Manakala Ong Jing Kai (5K3) mendapat sijil. 

Kiri – Muhammad Wajihuddin Bin Awisul Islah (pingat gangsa) Zoey Zeffrey Azman bin Azman (pingat perak)  

Para Peserta dari Kiri – Muhammad Wajihuddin Bin Awisul Islah , Zoey Zeffrey Azman bin Azman dan Ong Jing Kai

  • Pelajar Kolej PERMATApintar terpilih mendapat biasiswa Perdana Scholar Award.

Pelajar Kolej PERMATApintar Siti Norhafiza Jahaya (Batch Kedua) yang sedang mengikuti pengajian Sains Geologi di Arizona State University, US telah terpilih mendapat biasiswa Perdana Scholar Award. Biasiswa ini diberikan kepada pelajar kerana telah mendapat anugerah ‘The academic excellence ‘. Tahniah diucapkan. Semoga terus maju dalam bidang yang diceburi.

Laporan penuh —-> http://english.astroawani.com/malaysia-news/seven-malaysian-students-us-win-perdana-scholar-award-121865

10526048_727445517344883_3487548019116965303_n

  • Pelajar Lepasan Pertama (2011) Kolej PERMATApintar telah menamatkan pengajian sarjana ijazah muda di Universiti Tempatan dan Antarabangsa.

Tahniah kepada pelajar Kolej PERMATApintar sesi 2011 yang tamat pengajian mereka di seluruh negara dan di seluruh dunia. Pelajar ini menamatkan pengajian masing-masing dalam bidang Psikologi, Sains Akturia, Psikologi, Sains Komputer, Matematik dan lain-lain bidang.
Tahniah  kepada pelajar yang  diterima masuk ke Universiti College London iaitu Norsyazana , Pelajar Koo Jia Hui ke Oxford University, Pelajar Lee Yan Joe ke dalam Stanford, serta Elena Zafrul ke UM. Manakala Jessy Yee dan Shakila Muzammir dan beberapa orang lain ke dalam UKM dalam pelbagai program Sarjana dan PhD. Pusat PERMATApintar amat berbangga dengan anda.

14910574_1139570209462365_2006757987282905208_n

14925398_1139569939462392_3530161476663540232_n

15016387_1440333449328510_5340792549216171679_o

15036421_1139569626129090_5560261505636376883_n

 

 

Inspiring Futures, Nurturing Possibilities