header

 

Utama

Latar belakang

Objektif

Tema dan subtema

Yuran

Jadual

Tarikh penting

Format penulisan

Penginapan

Maklumat dan peta

Muat turun

Hubungi kami

PENDAHULUAN


Seminar bersama antara UKM-UI ataupun SEBUMI adalah satu seminar dwitahunan anjuran bersama kedua-dua universiti.  SEBUMI  yang pertama telah diadakan di UKM pada 15-16 Disember 2005 yang bertemakan “Cabaran Semasa Isu Rentas Sempadan Malaysia-Indonesia”.  Penganjuran seminar SEBUMI kali ke-2  bertema “Pengantarabangsaan Melayu Serumpun Ke arah Kegemilangan Bersama“ diadakan di kampus utama UI iaitu di Depok pada 17-18 Jun 2008 yang membuka tabir dan jaringan akademik yang lebih luas. 


Kerjasama rapat  yang telah terbentuk  ini diperkukuhkan  lagi melalui seminar kali ke-3 iaitu  SEBUMI 2010 yang akan dianjurkan  pula oleh UKM di kampus Bangi, Selangor pada 12-13 Oktober 2010.  SEBUMI 2010 menyediakan landasan lebih mantap dan dinamik untuk mencapai matlamat sepunya dalam mencipta kerjasama serumpun  ke arah kelestarian penyelidikan dan perkembangan akademik kedua-dua universiti.   Sesuai dengan  matlamat membina satu wawasan menjana ilmu serumpun maka tema  yang dipilih untuk SEBUMI kali ke-3 ialah “PENJANAAN ILMU SERUMPUN KE ARAH KELESTARIAN PENYELIDIKAN DAN KECEMERLANGAN  AKADEMIK”.

 

SILA MUAT TURUN ATUR CARA DAN JADUAL PEMBENTANGAN DI SINI.

 

 

footer