PELAWAAN PERMOHONAN DANA PROGRAM FLAGSHIP KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (KSTI)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Sukacita dimaklumkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) menawarkan Dana Program Flagship iaitu program skim geran khas untuk membiayai penyelidikan dalam bidang yang dikenal pasti memberi kesan kepada pembangunan sains, teknologi dan inovasi (STI) dan sejajar dengan Dasar Ekonomi Baru. Program Flagship adalah satu pendekatan atas ke bawah (Top-Down) dan Majlis Sains dan Penyelidikan Negara (MSPN) menetapkan bidang keutamaan penyelidikan dan nic tertentu yang perlu dilaksanakan untuk kemampanan inisiatif kerajaan semasa.

3.       Permohonan Dana ini dibuka sepanjang tahun. Kertas cadangan yang dikemukakan hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan berdasarkan Garis Panduan Program Flagship. Bersama-sama ini disampaikan Garis Panduan dan Borang Permohonan sebagai rujukan. Garis Panduan ini juga boleh dimuat turun di laman sesawang http://www.mosti.gov.my/dana-geran/program-flagship. Pemohon diminta untuk mengambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut:

i.               Projek mestilah multi-disiplin merentasi bidang sains dan teknologi, dan sosial sains;

ii.               Penyelidikan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya tiga (3) Institusi termasuk Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Institusi Penyelidikan dan Industri;

iii.               Tempoh penyelidikan tidak melebihi 36 bulan; dan

iv.               Jumlah keseluruhan siling pembiayaan adalah RM4 juta.

4.       Semua permohonan hendaklah dihantar tiga (3) salinan hardcopy dan 6 softcopy (dalam bentuk CD) melalui Fakulti/Institut/Pusat (F/I/P) ke CRIM. Permohonan yang tidak melalui Fakulti/Institut/Pusat tidak akan diterima. Kerjasama Y.Bhg. Dato’/Prof./Dr. adalah sangat dihargai  untuk mengemukakan permohonan dengan merujuk jadual kerja seperti di Lampiran 1.

5.       Sehubungan itu, kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr. adalah dipohon untuk memaklumkan perkara ini kepada semua penyelidik di bawah pengurusan YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini sila hubungi pegawai CRIM, Puan Syafura Abdul Halim di talian 03-89214679 atau Puan Nurul Asmizah Mat Saat di talian 03-89214392. Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr. dalam hal ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

Pengarah

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi

 

Dokumen berkaitan:

BORANG PENILAIAN FLAGSHIP MOSTI

Flagship_Guidelinemei2014

Senarai Permohonan Flagship MOSTI

Surat hebahan Flagship MOSTI