Kunjungan YBhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ke Institut Sel Fuel, 12 Januari 2015, 3.30 – 5.30 petang

Institut Sel Fuel (SELFUEL) menerima kunjungan YBhg. Tun Dr. Mahathir pada 12 Januari yang lepas. Kunjungan mengejut ini adalah hasil jemputan Mantan Pengarah SELFUEL, Prof. Dato’ Ir. Dr. Wan Ramli Wan Daud bagi memperkenalkan teknologi Sel Fuel dan tenaga keterbaharuan yang dibangunkan oleh kumpulan penyelidikan SELFUEL.

Antara yang produk utama diperkenalkan adalah Kenderaan Hidrogen Sel Fuel UKM (UKM-FCHV) serta beberapa produk sampingan yang lain. YBhg. Tun juga dibawa melawat ke semua makmal penyelidikan SELFUEL serta diperkenalkan kepada kumpulan penyelidikan serta warga yang terlibat.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, YBhg. Tun sempat bergambar dengan semua warga SELFUEL serta memandu sendiri Kenderaan Hidrogen Sel Fuel UKM (UKM-FCHV).

Seluruh warga SELFUEL dan Pengurusan tertinggi UKM mengucapkan terima kasih atas kesudian YBhg. Tun yang sudi meluangkan masa melawat Institut Sel Fuel.