PERMOHONAN DANA BAGI PROGRAM DAN AKTIVITI BERKAITAN UNIVERSITYCOMMUNITY TRANSFORMATION CENTRE (UCTC)

Dimaklumkan bahawa Permohonan Dana bagi Program dan Aktiviti Berkaitan University Community Transformation Centre (UCTC) kini telah dibuka dan tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Jun 2014.
Terdapat lima inisiatif yang digunakan bagi mencapai maksud UCTC ini iaitu:

(a) membantu fakulti menyediakan bidang praktikal di dalam program/kursus universiti;
(b) melibatkan fakulti dan pelajar dalam aktiviti transformasi bandar dan luar bandar;
(c) membolehkan komuniti tempatan untuk mengakses kursus universiti dan kemudahan yang tidak digunakan sepenuhnya;
(d) melibatkan pakar-pakar yang berkelayakan untuk mengajar kursus-kursus jangka pendek; dan
(e) menggunakan infrastruktur intelektual dan universiti untuk menggalakkan aktiviti keusahawanan.


Sehubungan itu, pihak YBhg. Dato’ / Datuk / Prof. / Dr / Tuan / Puan adalah dijemput untuk membuat permohonan dana projek keterlibatan (RM20,000 hingga RM50,000) dengan mengemukakan:

1) Ringkasan Perancangan Strategik
2) Kertas Kerja (perancangan program dan aktiviti berkaitan University Community Transformation Centre (UCTC) serta perincian kos yang terlibat)