Institut Sel Fuel

 Masa Depan Tenaga

Pengenalan

6Institut Sel Fuel(SELFUEL) telah diluluskan penubuhannya di Universiti Kebangsaan Malaysia oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada bulan Julai 2006 sebagai sebuah institut penyelidikan yang pertama di Malaysia melakukan penyelidkan sel fuel. Institut ini mula beroperasi secara rasmi setelah Prof. Ir. Dr. Hj. Wan Ramli Wan Daud sebagai Pengarah yang telah dilantik oleh Naib Cancelor Universiti Kebangsaan Malaysia, Yg. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Sahabudin pada 1 Januari 2007.

Penubuhan institut ini mencerminkan kekuatan penyelidikan sel fuel dan tenaga hidrogen di Universiti Kebangsaan Malaysia selama 12 tahun yang telah berjaya menarik dana penyelidikan IRPA besar dari Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi; menerbitkan banyak kertas di dalam jurnal antarabangsa berindeks dan berimpak tinggi, dan di dalam pascasidang dan prasidang persidangan antarabangsa dan kebangsaan; dijemput membentang banyak kertas ucap utama antarabangsa dan kebangsaan dan menghasilkan banyak harta intelek sel fuel dan tenaga hidrogen. Penubuhan Institut Sel Fuel di Universiti Kebangsaan Malaysia juga mencerminkan kekuatan penyelidikan tenaga keterbaharuan iaitu tenaga suria, tenaga hidrogen dan sel fuel di Universiti yang sudah berusia kira-kira 35 tahun.

 

                                                                                                                                                 Prof. Ir. Dr. Siti Kartom Kamarudin

Pengarah Institut Sel Fuel

(2017 – kini)

 

wan

Prof. Dato’ Ir. Dr. Wan Ramli Wan Daud
DSPN (P.Pinang) FASc CEng FIChemE PEng MIEM ASASI
Mantan Pengarah Pengasas Institut Sel Fuel
Felo Utama Institut Sel Fuel
Universiti Kebangsaan Malaysia