Institut Sel Fuel

 Masa Depan Tenaga

Penyelidikan

Program-program penyelidikan dan pengembangan yang dijalankan adalah seperti berikut.

1. Program Dasar & Ekonomi

Program ini bertujuan menyelidik dan membina alatan pentadbiran yang sesuai, dasar negara, penggubalan undang-undang dan pengurusan sumber yang perlu untuk membangunkan industri sel bahan api negara. Model ekonomi sel bahan api yang berasaskan hidrogen dibangunkan untuk khidmat nasihat kepada kerajaan dorongan polisi.

2. Program Elektro-pemangkinan

Program ini bertujuan menyelidik dan mengembangkan elektro-mangkin dan sistem elektro-pemangkinan yang lebih berkesan,cekap, mudah dibuat dan murah. Elektro-mangkin dan sistem elektro-emangkinan ini akan digunakan dalam pengembangan teknologi himpunan-elektrod-membran (MEA) yang lebih baik.

3. Program Bahan Elektrokimia

Program ini bertujuan menyelidik dan mengembangkan bahan elektrokimia seperti bahan plat dwikutubdan membran elektolit polimer yang lebih berkesan, cekap, mudah dibuat dan murah. Bahan elektrokimia ini akan digunakan dalam teknologi tindanan dan plat dwikutub sel bahan api yang lebih baik dan teknologi himpunan-elektrod-membran (MEA) yang lebih baik.

4. Program Foto-pemangkinan

Program ini bertujuan menyelidik dan mengembangkan foto-mangkin heterogen untuk foto-elektrolisis air langsung kepada gas hidrogen dan oksigen.Foto-emangkin yang dipegunkan pada foto-elektrod ini akan digunakan dalam pengembangan teknologi sel foto-pengelektrolisis untuk menghasilkan hidrogen daripada air dengan menggunakan tenaga suria secara langsung.

5. Program Pemangkinan dan Pemisahan

Program ini bertujuan menyelidik dan mengembangkan mangkin heterogen, penjerap CO dan membran pemisah seramik untuk penghasilan hidrogen tulen daripada bahan api fosil. Mangkin, penjerap dan membran seramik digunakan dalam pengembangan teknologi pemproses bahan api yang lebih baik.

6. Program Aplikasi Sel Bahan Api

Program ini bertujuan menyelidik dan mengembangkan applikasi sel bahan api berinovasi untuk meluaskan lagi penggunaan sel bahan api dalam berbagai sektor industri.

 

Teknologi Sel Fuel

Sel fuel ialah teknologi penukaran tenaga utama masa hadapan yang akan menggantikan teknologi enjin pembakaran dalaman. Dalam sel fuel, tenaga kimia di dalam hidrogen dan oksigen ditukar secara elektrokimia melalui tindak balas redoks elektrokimia di anod dan katod sel kepada tenaga elektrik dan sedikit haba. Lantaran hasil sampingan proses ini ialah air sahaja, sel fuel merupakan teknologi penukaran tenaga paling mesra alam yang amat sesuai bagi menyelesaikan masalah pemanasan global dan perubahan iklim. Rajah 1 menunjukkan sistem sel fuel.


Rajah 1. Sistem Sel Fuel

Sel fuel mempunyai kecekapan penukaran tenaga tinggi sebanyak 40 – 50% yang lebih tinggi daripada kecekapan penjana kuasa yang membakar arang batu atau kecekapan enjin pembakaran dalaman. Ia tidak mempunyai sebarang bahagian bergerak selain daripada peniup udara dan oleh itu ia lebih boleh diharap dan kurang hingar, mempunyai kos penyelenggaraan yang murah dan hayat pengendalian yang lama. Reka bentuk bermodulnya membolehkan pengguna menambah atau mengurangkan kuasa dengan hanya menambah atau mengurangkan modulnya tanpa perlu direka bentuk dan dibina semula. Ia adalah suatu teknologi yang bersih dan menghasilkan pencemaran kimia yang kecil. Ia juga boleh menggunakan hidrogen tulen atau berbagai-bagai bahan api fosil seperti gas asli dan metanol secara langsung. Dalam sel fuel bersuhu tinggi, gabungan pemanasan dan kuasa akan menambah kecekapn sel fuel ini.