Pascasiswazah

Selamat Datang ke Laman Sesawang Pengajian Siswazah Institut Sel Fuel, UKM

IMG_8262Terlebih dahulu, pihak Institut Sel Fuel, UKM ingin mengucapkan terima kasih atas minat tuan/puan terhadap pengajian siswazah di Institut Sel Fuel. Tuan/puan boleh berhubung dengan mana-mana kakitangan pentadbiran institut  sekiranya memerlukan maklumat tambahan berkenaan pengajian siswazah di institut ini. Untuk makluman, Institut Sel Fuel menawarkan program Sarjana dan Doktor Falsafah di dalam bidang-bidang berikut :

  • Sarjana Sains (Kejuruteraan Sel Fuel)
  • Sarjana Sains (Tenaga Hidrogen)
  • Sarjana Pengurusan (Pengurusan dan Dasar Tenaga)
  • Doktor Falsafah (Kejuruteraan Sel Fuel)
  • Doktor Falsafah (Tenaga Hidrogen)
  • Doktor Falsafah (Pengurusan dan Dasar Tenaga)

 

Syarat Kemasukan Program Ijazah Sarjana

Syarat kemasukan minima untuk graduan UKM:

1)         Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK ≥ 2.70; ATAU

2)         Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK minimum adalah 2.50 dan mempunyai pengalaman bekerja.

 

Syarat kemasukan minima untuk graduan bukan UKM

1)         Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK ≥ 3.00; ATAU

2)         Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK minimum adalah 2.70 dan mempunyai pengalaman bekerja.

 

Bagi calon yang tidak melepasi syarat kemasukan minima

1)            Calon akan dilantik sebagai Pembantu Penyelidik (RA) bagi tempoh minima selama 6 Bulan dan pelajar harus menunjukkan prestasi yang baik dan disahkan oleh penyelia sebelum ditawarkan sebagai pelajar siswazah ISF.

 

Program Ijazah Doktor Falsafah (PhD)

Syarat kemasukan minima untuk semua calon adalah:

1)         Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK ≥ 3.60; ATAU

2)         Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkaitan

 

Keperluan TOEFL/IELTS

Calon luar negara hendaklah memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris seperti berikut :

a)            Mendapat keputusan TOEFL (minimum 550) atau IELTS (Band 5.0) yang memenuhi syarat skor atau band minimum yang ditetapkan oleh program ; atau

b)            Bagi program tertentu , calon hendaklah mengambil Ujian Kecekapan Bahasa Inggeris (UKBI) dan sekiranya tidak melepasi tahap yang ditetapkan oleh program, calon hendaklah mengikuti dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (MKBI) dalam tempoh maksimum 2 semester sebelum dibenarkan mendaftar dalam program pengajian masing-masing. Calon akan mendaftar sebagai Pelajar Tanpa Ijazah. Pelajar Malaysia adalah diwajibkan menulis tesis dalam Bahasa Melayu seperti yang dikehendaki oleh universiti.

Permohonan kemasukan ke Institut Sel Fuel boleh dilakukan dengan mengisi borang di atas talian (online) melalui Graduate Admission Application System (http://guest.ukm.my/). Semua dokumen sokongan perlu dimuatnaik melalui sistem tersebut. Sila baca panduan permohonan yang dikemaskini dengan teliti.

 

Syarat Pengijazahan

1)      Pelajar program Sarjana hendaklah mendaftar dan lulus 6 jam kredit kursus terdiri daripada :

  1. 4 kredit kursus RARA6014 Kaedah Penyelidikan (Sains dan Teknologi), dan;
  2. 2 kredit kursus : RARA 6052 : Sistem Sel Fuel dan Aplikasi atau ; RARA 6042 : Elektrokimia Sel Fuel atau; RARA6022 : Tenaga Hidrogen atau ; RARA6032 : Pengurusan dan Dasar Tenaga.

2)      Pelajar program Doktor Falsafah hendaklah mendaftar dan lulus 8 jam kredit kursus terdiri daripada :

  1. 4 kredit kursus RARA6014 Kaedah Penyelidikan (Sains dan Teknologi), dan;
  2. 2 kredit kursus : RARA 6052 : Sistem Sel Fuel dan Aplikasi atau ; RARA 6042 : Elektrokimia Sel Fuel atau; RARA6022 : Tenaga Hidrogen atau ; RARA6032 : Pengurusan dan Dasar Tenaga atau ;

iv.      2 kredit kursus daripada mana-mana kursus yang disenaraikan oleh Pusat Pengurusan Siswazah.   Syarat Penerbitan Manuskrip Program Pengajian yang ditawarkan

  1. Sarjana: 1 artikel dalam jurnal berindeks SCOPUS/ISI telah diterima untuk penerbitan
  2. Doktor Falsafah 2 artikel dalam jurnal berindeks SCOPUS/ISI telah diterima untuk penerbitan

 

Panduan Siswazah

Kalendar Akademik UKM

Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM

 

 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Dr Mahendra1

PENYELARAS PROGRAM SISWAZAHDr. Mahendra Rao Somalu AMICBEng (Hons), MEng (UKM), PhD (Imperial College London)Tel: 03-8911 8522Emel: mahen@ukm.edu.my