Institut Sel Fuel

 Masa Depan Tenaga

Produk

Chem-E-Car

Konsep Rekabentuk Kereta Sel Bahan Api

  1. Stak sel bahan api sebagai penjana tenaga elektrik dan seterusnya menggerakkan kipas dan motor.
  2. Bagi menghasilkan voltan yang mencukupi, stak sel bahan api telah direkabentuk yang terdiri daripada 10 sel yang disambung secara bersiri.
  3. Gas hidrogen dialir ke anod dari tangki berisi bahan penjerap hidrogen. Kadar alir hidrogen dioptimumkan supaya hampir semua hidrogen bertindakbalas.
  4. Aliran katod-terbuka direkabentuk untuk aliran udara pada katod di mana satu kipas mini digunakan untuk menghembus udara ke sisi stak bagi membekalkan oksigen disamping menyejukkan stak.

 

Spesifikasi Stak Sel Bahan Api

  1. Terdiri daripada 10 sel dengan kawasan aktif seluas 25 cm2.
  2. Voltan keluaran maksimum ialah 6 V.
  3. Hidrogen dibekalkan dari silinder.
  4. Udara dibekalkan ke katod secara bebas menggunakan teknik udara terbuka.

 

Kelebihan

  1. Mesra alam, hanya air dihasilkan.
  2. Jimat kos, tidak perlu silinder oksigen dan sistem penyejukan tambahan.
  3. Pengoperasian yang senyap.
  4. Cepat beroperasi.
  5. Mudah dikendali.

 

Serindit

Model kenderaan Serindit II telah dibangunkan berdasar kepada teknologi sel fuel. Dalam ciptaan ini, himpuan sel fuel telah dipasangkan pada Serindit II untuk menjana kuasa. Rekabentuk himpunan yang asli memberi beberapa kelebihan kepada sistem Serindit II selain daripada menjimatkan kos operasi.

 

Rekabentuk Konsep Yang Kreatif

Stak PEMFC jenis katod terbuka yang asli digunakan untuk menjana kuasa elektrik bagi menggerakan motor Serindit II. Saluran katod terbuka direka untuk membekalkan udara secara terus dari sekitar melalui satu cerobong dengan kipas.

 

Stak Sel Fuel Yang Inovatif

Rekabentuk PEMFC jenis katod terbuka untuk kegunaan Serindit II mempunyai 50 sel dalam sesiri. Setiap sel mempunyai 50 cm2 kawasan aktif.

Satu rekabentuk serpentin yang selari direka sebagai corak aliran medan anod. Hasil voltan maksimum setinggi 40 V dan hasil kuasa setinggi 200 W dapat tercapai semasa dioperasi dalam keadaan stak.

 

Pengurusan Haba Kendiri

Tindakbalas elektrokimia dalam PEMFC menjana haba. Sistem stak katod terbuka dengan konsep pengendalian udara dwi fungsi telah dibangunkan untuk Serindit II. Udara yang berlebihan yang ditiup melalui katod terbut bukan sahaja mengekalkan tindak balas elektrokimia pada katod, malah menyejukan sistem himpunan tersebut serta menyingkirkan air yang terjana daripada tindak balas elektrokimia ini.

 

Mesra Alam

Enjin pembakaran dalaman yang digunakan dalam kenderaan kovensional menghasilkan bahan pencemar udara seperti CO2 dan NO2. Himpunan PEMFC yang diguna dalam Serindit II hanya menghasilkan air dalam kuantiti yang sedikit. Kenderaan ini adalah sangat bersih, senyap dan mesra alam serta sesuai untuk generasi akan datang.

 

Kelebihan

  1. Menjimatkan kos.
  2. Cepat dihidupkan.
  3. Kesenangan untuk penyelenggaraan.
  4. Sumber tenaga alternatif.
  5. Bersih, senyap dan mesra alam.
  6. Sesuai untuk kenderaan generasi masa depan.

 

LestariTM

 

Penjana kuasa PEMFC mudah alih yang pertama di Malaysia. Unit ini membekalkan kuasa elektrik yang tulen dan berqualiti tinggi secara berterusan selagi bahan api dibekalkan. Penjana sel fuel LestariTM diisi dengan hidrogen, yang dapat dibekalkan secara luaran melalui silinder industri diri sendiri (untuk kegunaan komersial dan industri) ataupun secara dalaman melalui silinder mini (untuk kegunaan komersial dan kediaman).

 

Reka Bentuk Terpadat

Sistem LestariTM telah direka secara optima sebagai penjana kuasa yang mudah alih dan padat. Sistem ini menyepadukan stak sel fuel, stak sistem penyejukan, pelembap dan sistem kawalan.