Institut Sel Fuel

 Masa Depan Tenaga

Syarat Kemasukan

Program Ijazah Sarjana

Syarat kemasukan minima untuk graduan UKM:

1)         Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK ≥ 2.70; ATAU

2)         Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK minimum adalah 2.50 dan mempunyai pengalaman bekerja.

 

Syarat kemasukan minima untuk graduan bukan UKM

1)         Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK ≥ 3.00; ATAU

2)         Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK minimum adalah 2.70 dan mempunyai pengalaman bekerja.

 

Bagi calon yang tidak melepasi syarat kemasukan minima

1)            Calon akan dilantik sebagai Pembantu Penyelidik (RA) bagi tempoh minima selama 6 Bulan dan pelajar harus menunjukkan prestasi yang baik dan disahkan oleh penyelia sebelum ditawarkan sebagai pelajar siswazah ISF.

 

Program Ijazah Doktor Falsafah (PhD)

Syarat kemasukan minima untuk semua calon adalah:

1)         Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK ≥ 3.60; ATAU

2)         Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkaitan

 

Keperluan TOEFL/IELTS

Calon luar negara hendaklah memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris seperti berikut :

a)            Mendapat keputusan TOEFL (minimum 550) atau IELTS (Band 5.0) yang memenuhi syarat skor atau band minimum yang ditetapkan oleh program ; atau

b)            Bagi program tertentu , calon hendaklah mengambil Ujian Kecekapan Bahasa Inggeris (UKBI) dan sekiranya tidak melepasi tahap yang ditetapkan oleh program, calon hendaklah mengikuti dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (MKBI) dalam tempoh maksimum 2 semester sebelum dibenarkan mendaftar dalam program pengajian masing-masing. Calon akan mendaftar sebagai Pelajar Tanpa Ijazah. Pelajar Malaysia adalah diwajibkan menulis tesis dalam Bahasa Melayu seperti yang dikehendaki oleh universiti.

Permohonan kemasukan ke Institut Sel Fuel boleh dilakukan dengan mengisi borang di atas talian (online) melalui Graduate Admission Application System (http://guest.ukm.my/). Semua dokumen sokongan perlu dimuatnaik melalui sistem tersebut. Sila baca panduan permohonan yang dikemaskini dengan teliti.