Soalan Lazim
-
Saya amat berminat untuk melanjutkan pengajian pascasiswazah di SERI. Siapakah yang boleh dihubungi bagi membincangkan bidang penyelidikan yang sesuai dengan bidang saya?
Anda boleh hubungi dan buat temujanji dengan Ketua Pengajian Pascasiswazah bagi membincangkan bidang penyelidikan yang sesuai dengan latarbelakang bidang anda.
-
Bagaimana saya boleh memohon program pascasiswazah di SERI?
- Calon perlu membuat permohonan atas talian melalui http://guest.ukm.my.
- Permohonan akan diproses dalam tempoh minimum 2 minggu.
- Keputusan akan dimaklumkan melalui http://guest.ukm.my.
- Surat tawaran dan butiran lanjut pendaftaran boleh dimuat-turun melalui http://guest.ukm.my.
-
Bagaimana saya boleh menggunakan kemudahan peralatan di makmal-makmal SERI? Adakah terdapat bayaran yang akan dikenakan?
Anda boleh hubungi dengan Pegawai Sains untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kegunaan peralatan makmal. Untuk pengguna luar, terdapat bayaran yang akan dikenakan dan bergantung kepada jenis-jenis alat-alat yang digunakan.
-
Boleh saya tahu apakah kemudahan peralatan dan makmal yang ada di SERI?
- SERI terdapat beberapa makmal dan kemudahan peralatan yang mencukupi bagi setiap bidang penyelidikan yang dinyatakan di dalam laman sesawang SERI.
- Dalam bidang kajian Fotovoltaik Suria dan Sel Suria Termaju, terdapat beberapa makmal yang mempunyai keupayaan bagi fabrikasi sel suria seperti Makmal Sel Suria Silikon Termaju, Makmal Sel Suria Filem Nipis Termaju dan juga Makmal Sel Suria Organik.
- Dalam bidang kajian Teknologi Terma Suria Termaju, Teknologi Tenaga Angin dan Marin serta Senibina Pasif dan Rendah Tenaga, terdapat beberapa makmal dan lapangan kajian yang digunakan dalam kajian-kajian ini seperti Makmal Terma Suria, Simulator Suria dan juga Taman Inovasi Teknologi Tenaga Hijauyang terletak bertentangan dengan padang UKM.
-
Saya telah melayari laman sesawang SERI dan berminat untuk membuat lawatan kerja di Taman Inovasi Teknologi Tenaga Hijau. Siapakah yang boleh dihubungi bagi membincangkan perkara tersebut?
Anda boleh berhubung dan buat temjanji dengan Ketua Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat bagi membincangkan tujuan dan tarikh lawatan yang sesuai.
-
Saya mewakili syarikat/industri yang berminat untuk menjalankan kerjasama dengan pihak SERI? Siapakah yang boleh dihubungi bagi membincangkan perkara ini?
Anda boleh hubungi dan buat temjanji dengan Ketua Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat bagi membincangkan bentuk kerjasama yang boleh dibuat.